Khamis, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA HAJI UNTUK SEMUA WARGA MAT TUYU DAN JUGA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM YG MENYAMBUT AIDILADHA...

Selasa, 17 November 2009

SELAMAT HARI JADI MUNIRAH

HAPPY B'DAY MUNIRAH...GENAP 10 TAHUN....CUTE LAGI MENAWAN...DAH ADA BOYFREN KAT SKOLA..ALAMAK TERKANTOI PLAK....HUHUHU......SEMOGA TERUS BERJAYA SEHINGGA KE AKHIRNYA..AMIN

Isnin, 9 November 2009

RENCANA KHAS UNTUK PAKCIK,MAKCIK,MAK UNGGAL N MAK KIAH

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadah kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliannya; di antaranya ialah) makam Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.” (Ali-Imran: 96-97)

Daripada sekalian banyak ibadah, fardu haji adalah puncak ibadah ritual yang amat dicita-citakan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah sebagai saat pertemuan sejati kaum Muslimin untuk memenuhi panggilan Allah s.w.t dan merupakan kebahagiaan yang tidak terkira nilainya. Justeru pahalanya yang sangat besar, orang-orang yang mengerjakannya (haji) akan dianggap oleh Allah sebagai para tetamu-Nya.

“Orang yang beribadah haji dan umrah adalah tamu-tamu Allah. Dan adalah hak Allah untuk memuliakan para tamu-Nya serta mengurniakan mereka keampunan.” (maksud hadis)

Kebahagiaan itu akan lahir ketika mereka meginjakkan kaki ke Tanah Suci dengan mengunjungi Kaabah di Masjidil Haram sambil mengucapkan “Labbaik Allahumma Labbaik” (Ya Allah aku datang memenuhi panggilan-Mu). Sungguh indah pernyataan fitrah hamba kepada pencipta-Nya.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat takwa orang mukmin.” (Al-Hajj: 32)

Kaabah yang dikunjungi mengandung pelajaran dan pengajaran yang amat berharga dari segi kemanusiaan. Di sana, misalnya, ada Hijr Ismail yang erti harfiahnya “pangkuan Ismail”. Di situlah Ismail, putera Ibrahim, pendiri Kaabah ini, pernah berada dalam pangkuan ibunya yang bernama Hajar, seorang wanita miskin yang dikatakan pusaranya pun berada di tempat itu. Namun demikian, makna di sebaliknya, wanita ini ditempatkan Tuhan di situ untuk menjadi pengajaran dan peringatan kepada kita bahawa Allah s.w.t menganugerahkan kedudukan untuk seseorang bukan kerana keturunan atau status sosialnya, tetapi kerana hubungannya yang amat dekat kepada Allah s.w.t dan usahanya untuk hajar (berhijrah) daripada kejahatan (keburukan) menuju kebaikan.

Ibadah haji merupakan sumbangan Islam yang paling positif untuk melahirkan manusia-manusia yang ideal, bersatu hati dan bersatu amal, yang sebenarnya sering dicita-citakan oleh para ahli falsafah sejak dari zaman Plato, Al-Farabi, sampai ke zaman kita ini.

Kaum Muslimin yang pelbagai macam rupa bentuk dan warna kulitnya, kerencaman bahasanya, aneka lagak lakunya, semuanya berkumpul di Tanah Suci yang satu. Hilang segala perbezaan dan hapuslah segala keasingan, dan semuanya bersaudara bagaikan mereka daripada keluarga yang satu, bahkan lebih daripada itu, bagaikan tubuh yang satu, yang sama-sama merasakan derita dan bahagia, duka dan gembira. Keyakinan terhadap kemanusiaan yang bersifat sejagat, tiada perbezaan antara seorang Muslim dengan seorang Muslim yang lain, betapapun terdapat perbezaan antara mereka dalam pelbagai hal.

Tidak pula kurang pentingnya, ibadah haji mengembalikan kenangan kepada zaman hampir 50 abad (5000 tahun) yang lampau, iaitu perjuangan Nabi Ibrahim a.s. Bukankah baginda yang telah menghabiskan segenap usia untuk mengabdi kepada Allah, berpindah-randah mengembara dari Mesopotamia, sampai Palestina, terus ke Mesir, dan dengan berpusat di Tanah Suci Mekah, baginda meninggalkan bekas-bekas yang menjadi sejarah agung hingga sekarang?

Tiada yang diinginkan oleh mereka yang mengerjakan haji di Mekah melainkan keinginan yang amat tinggi untuk memperoleh haji yang mabrur. Dari segi bahasa, mabrur mempunyai dua makna. Pertama, bererti baik, suci dan bersih. Kedua, bererti diterima dan mendapat keredaan Allah s.w.t.

Dengan demikian, haji mabrur adalah haji yang membawa kebaikan kepada orang yang melakukannya. Menurut pendapat sebilangan ulama, haji mabrur adalah yang tidak bercampur dengan perbuatan dosa-dosa kecil, mahupun dosa besar. Orang yang memperoleh haji mabrur akan semakin kuat imannya serta semakin meningkat amal ibadatnya.

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Daripada umrah ke umrah adalah penghapus dosa antara keduanya. Dan haji mabrur ada balasannya, iaitu syurga.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keunikan ibadah haji adalah kerana ia mencakupi seluruh dimensi ibadah itu yang memerlukan pengorbanan yang tinggi dari segi fizikal, harta dan jiwa. Justeru, tidak mudah untuk mendapatkan haji mabrur, sebagaimana yang dikatakan oleh Umar bin al-Khattab sekitar 1400 tahun yang lampau, iaitu hanya makan angin (melancong) yang banyak sedangkan yang melakukan haji hanya sedikit.

Maknanya, secara kuantiti, banyak orang yang mengerjakan haji tetapi secara kualiti sedikit saja yang benar-benar melakukan manasik (ibadat) haji dan memahami setiap amal ibadah haji sehingga memperoleh haji mabrur.

Dalam konteks haji, dikatakan ibadat haji yang lengkap memerlukan mujahadah, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai musyahadah (kesedaran), barulah dapat disebut haji mabrur. Kesedaran ini akan melahirkan al-mahadah, cinta yang satu, persiapan untuk berkorban apa sahaja kerana Allah s.w.t.

Ringkasnya, ibadah yang telah sampai pada peringkat musyahadah adalah ibadah yang telah melahirkan kesedaran mengubah dan membentuk perilakunya kepada sikap yang sesuai dengan nilai moral dan spiritual daripada ibadah itu.

Dalam ibadah haji, yang menjadi ukuran mabrur atau tidak adalah bergantung seberapa banyak amal ibadat haji yang telah dilakukan itu melahirkan kesedaran moral dan spiritual yang berupaya melahirkan semangat untuk melaksanakan kebaikan dan kebajikan. Dengan kata lain, seberapa jauh ibadah haji mendorong berlakunya perubahan pada diri kita, sehinggalah dapat mengubah daripada sikap negatif kepada sikap positif dan dari sikap tertutup kepada sikap keterbukaan.

Haji mabrur ditandai dengan kesannya, iaitu makna simbol-simbol amalan yang dilaksanakan di Tanah Suci, sehingga makna-makna tersebut wujud dalam bentuk sikap dan tingkah laku kita saban masa

Pakaian biasa ditanggalkan dan pakaian ihram dikenakan. Pakaian dapat melahirkan perbezaan, menggambarkan status sosial, di samping juga dapat menimbulkan pengaruh psikologi.

Menanggalkan pakaian biasa bererti menanggalkan segala macam perbezaan dan menghapuskan keangkuhan yang ditimbulkan oleh status sosial itu. Mengenakan pakaian ihram melambangkan persamaan darjat kemanusiaan serta menimbulkan pengaruh psikologi bahawa yang dalam keadaan demikianlah seseorang akan menghadap Allah pada saat kematiannya. Bukankah ibadah haji adalah kehadiran memenuhi panggilan Allah?

Apakah sekembalinya dari Tanah Suci, masih ada keangkuhan di dalam jiwa? Masih terasa adanya perbezaan darjat kemanusiaan? Masih ingin bersikap hipokrit, menindas orang lain? Masih mahu berpura-pura alim tetapi hakikatnya jahil. Kalau masih ada, maka kita masih mengenakan pakaian biasa dan masih belum menanggalkannya.

Seseorang yang pulang daripada menunaikan haji, bukan sahaja merasakan dirinya kembali kepada fitrah kesucian tetapi juga tumbuh dalam dirinya perasaan menjadi sebahagian daripada satu masyarakat dunia bernama Muslim. Suatu umat yang merapatkan barisan atas landasan tauhid yang menyatukan pemimpin dengan rakyat jelata, ulama dengan kaum dhuafa. Landasan tauhid juga menjadikan mereka bersaudara, misalnya, di antara orang Arab dengan orang Melayu, perantau China dengan mualaf Eropah, hamba Afrika dengan pedagang India, dan sebagainya.

Mercup di dada setiap jemaah haji bahawa dirinya adalah sebahagian daripada suatu kekuatan yang besar. Namun, apakah kekuatan itu dapat dipraktikkan seterusnya dalam kehidupan sehari-hari?

Ahad, 8 November 2009

AIR MATA RASULULLAH

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita

Khamis, 5 November 2009

CILI TAK SUNAT

OLEH SEBAB CILI SUNAT TERLAMPAU PEDAS KITA TUKAR CILI KURANG PEDAS...

Rabu, 4 November 2009

Tahniah Buat Abg Muhid & Kak As Sekeluarga

Tahniah buat abg ngah(muhid) yg menimang cahaya matanya yang ke-2 hari ini...syukur kehadrat Illahi yg memberikan kesenangan untuk melahirkan baby,maka kita akan memikul tanggungjawab yg Allah SWT berikan kepada kita pula....dan dah bertambah lah kluarga mattuyu hari ini..sekalung tahniah skali lagi....(takde hadiah ke untuk baby ni poksu---ahakss)
Buat atok mak....hadiah yg paling bernilai untuk atok hari ni...penyambung zuriat arwah tok abah....Kami kluarga pokde mengucapkan syabas dan tahniah untuk abg muhid sekeluarga...hidup NAJWAN....hidup MATTUYU....HIDUP 1 MATTUYU>>>>>>>

Selasa, 3 November 2009

Soalan Bodoh

Selau sangat orang tanya kat kite menda yg bodo2 nie.. so apa kata..la nie kita siapkan jawapan yg power lagi berbisa utk soalan bodo cam nie..ahakkkkssss

SOALAN BODO 1. Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanyer: "Tunggu bas ke per?" Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

2. Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanyer: "Kao nak mandi ke per?" Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, kao nak join?"

3. Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?" Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah... tangan aku bergerak sendiri" lepas tu jotos dia dgn jotosan yg berpower lagik brutal dan sambung "ah tu kan dia jln sendiri, aku tak tahu tao"

4. Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?" Jawab : " Mater kao buter ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

5. Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer" "Baru balek dari kerjer?" Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi kerjer lah nie... opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah pat opis"

6. Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke per?" Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

7. Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: "Eh citer melayu ke per?" Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Toro menentang Raksaser dari Planet X... kao tunggu jap nanti otromen kuar"

Happy B'day MAMA

Buat bonda tercinta...Selamat ulang tahun yg ke 58,semoga dikurniakan kesihatan dan di panjangkan umor..semoga dgn tatapan gambar ini dapatlah mengembalikan nostalgia ketika menunaikan haji pada musim lepas....
Pasangan ideal yg tiada tolok bandingannya...walau dimana jua pasangan ini berada.I love u mama..
Berlatarkan kaabah yg menjadi kiblat seluruh umat manusia,semoga terus mendapat rahmat dariNya..amin
Masih lagi diruangan untuk melakukan tawaf...ni kalau Polis arab saudi nampak ni..habis kamera..
Pasangan yg sporting dan disayangi...Ayahnda Mohd Satar bin Mohamed dan Ibunda Hasnah bte Abu Bakar...semoga terus diberkati dan memperolehi keberkatan dari Nya.....berlatarbelakangkan masjid nabawi madinah......

Khamis, 29 Oktober 2009

Kenangan Di Tanjung Emas Muar

Satu ketika dulu ketika saya msih kecil (masa tu abg yust duduk dgn arwah atok).....asal balik kampung je..pegi tanjung,asal bailk kampung jek...mesti pegi tanjung......tradisi ini masih diteruskan oleh kluarga Pokde...kalau masa tu bg saya dah cukup meriah dgn permainan di Tanjung Emas ni....apa lagi skrg ni...Perkara Wajib kalau balik MUAR....I LOVE MUAR..
Tengoklah betapa Papa menyayangi anak-anaknya....dan kami selaku anak-anaknya tidak akan lupa akan pengorbanan papa....azamudin,azarudin,siti aishah.....kami sayang papa...(Lokasi---> Tanjung Emas Muar)....

Selasa, 27 Oktober 2009

BILAKAH AKAN DIADAKAN LAGI.....WALLAHUALAM..

Bilakah majlis sebegini akan diadakan lagi......Abg yust kusyuk membaca al-quran..
agaknya masa ni takde microphone yg panjang wayarnya....sampaikan abg Acuk senget kepala menarik mic tu......
bilakah agaknya majlis sebegini akan diadakan....diarak bagaikan pengantin....kelihatan aza dan blogmaster saudara siber79 atau ipin menjadi pengapit.....
lihatlah betapa segak .....saya selaku cucu arwah mat tuyu mencadangkan agar majlis sebegini akan terus terlaksana....tapi....wallahualam....

Sabtu, 24 Oktober 2009

Gambau atok mak yg tercinta...khas untuk tatapan kita semua....jgn lupa pengorbanan beliau sebagai ibu,nenek dan moyang kita semua....i love u atok mak........."atok,atok..posing skit aza nak tangkap gambo"..."kejap,kejap..atok nak amik bantal ni kejap"...saya pikirkan atok nak buat apa dgn bantal tu......skali atok kata.."ye la..aza ingat atok tak tau nak melawa ke..."..perghhhh,dalam hati saya.....

Khamis, 22 Oktober 2009

Salam semua...memang betul kata moderator blog LONGGAYAH...dah kering n pecah kepala dah ni...skali dalam selak punya selak...ternampak plak gambar lama ni...apa lagi..pasang scanner la jawapnya.......gambar ni memang nostalgia bagi diri saya sebenarnya..mana taknya...kira dulu saya ni manja jugak dgn pakcik kita ameer dio aka pak anjang....bulan 12 ni kalo tak silap saya anak pak anjang nurasheena bakal menjadi tunangan org...so dikesempatan itu juga saya mengambil peluang untuk menguploadkan gambau pak anjang masa dia betul betul tgh jadi...AMEERR DIO...YEAHHH ROCK BEBEHHHHH!!!!!!

Jumaat, 16 Oktober 2009

AKTIVITI MEJA.....

Semasa kluarga mattuyu meneliti/mentelaah/mengkaji/mencari dan macam macam men lagilah...salasilah kluarga RADEN HAJI ALI......(MOHAMAD BIN HAMZAH(tok abah) BIN YASIN BIN ANDIN BIN SULONG BAHARI BIN RADEN ALI..)...kiranya sudah sampai keturunan yg ke-9....wallahualam..
yaaa......untuk melepaskan rindu pakjak di bintulu........
persidangan raja raja...eh silap..persidangan naga naga mattuyu..hehehehehehe...ehh eh...kak noli pon ada jugak...huhu
kenangan bersama di pusara arwah tok abah....kelihatan juga arwah long mahzan merenung jauh...
sedar tak sedar...poksu sebenarnya memang dari muda dah menjadi penghidup suasana...masa ni b'day yust .....perasan tak poksu dukung sape..yaaa....siti hajar......
yang jauh didekatkan.....tapi kluarga atok yam dah lama benor rasanya saya tak jumpa.....
masa ni kerja kawen...tapi kat mana...sape kawen sume saya tak ingat.....kelihatan kak noli di blakang krusi tok mak...sesape tau kat mana lokasi sila bgtau yeaa...
masa ni kat umah atok...pakjak baru dapat first baby..sehat baby ni...kelihatan longgayah jelir lidah......pakjak plak posing mcm kontrol cute..ahaksss....apsal pokde garang je rupanya tu...hanya baby tu je yg tau jawapannyaa...hehehe...tanya dia..
Kelihatan beberapa individu yg sudah pasti dikenali dan tak dikenali...dari kiri...fazli anak paklong hamzah,abg nizam adik angkat poksu kalau tak silap,aza the cutest,yust,ipah anak makngah hasmah dan devi jiran sebelah..
gambau kenangan masa raya entah tahun brape ntah...yang herannye...kak idah,ebab dgn sara..mmg dari dulu dah rancang nak buat persatuan goss??????......huhuhu..kelihatan sara mengcover giginya..ahakss
satu ketika dirumah pak anjang di kelana jaya.....mattuyu=keluarga bahagia sepanjang zaman...
masa ni sape kawen ek...ntah la dah lupa..masa ni kita sume jadi geng gagak hitam...kelihatan semua warga mattuyu menunjukkan aksi yg perghhh...memang gila ahhh...
yaaa....lagi satu gambau yg agak mengherankan....apsal kak idah,ebab dgn sara mesti duduk dekat dekat...auuuu...tak kuasa uuuuu

Khamis, 15 Oktober 2009

IMBASAN KENANGAN....

majlis sambutan ulang tahun sheena....kelihatan Mazwan @ wan juga ada bersama...tidak ketinggalan arwah Hakim yang di dukung oleh bro apis...
cuba teka kat mana....klu...mazwan slalu main kat tempat ni..hehehe
ok...yang angkat tangan confirm poksu...bedepan dgn poksu confirm tokde jantan...blakangnya pulak arwah ayah long...pastu arwah tokchu...depan arwah tokchu kurang pasti...sebelahnya pulak...Pak AL ke????
and the winner is........POKCHIKKKKKKKKKKK..........
PANCASITORA....HEHEHE......tau dek pokde...masak aku...hehehe...jgn marah ye...
arwah tok Abah bersama kumpulan Ghazal Sri Saujana....lokasi umah pokde Kg Mydin
arwah tok Abah bersama putrinya...
arwah tok Long dihiburkan oleh penyanyi tidah asing lagi....Aishah adikku...
Arwah tokChu...disapa oleh sheena....
Arwah tok Long disapa oleh sheena juga
arwah ayah long...segak lagi bergaya...
arwah tok Abah..dgn cucunya...Aza...
arwah tok Abah...juga bersama cucunya...aza

Rabu, 30 September 2009

Nashidah....cicit Tokmak the latest...ahaksss

Lihatlah...ABG Nash begitu happy dgn ANUGERAH dari kluarga mattuyu....manakala ANUGERAHnya pulak tersipu-sipu gitu...auuu.
Pokde dah tanya...jadi ke ni??.....haaaa....jawabbbbb

Isnin, 28 September 2009

UNCLE NASH

Gambo kenangan bersama uncle Nash....
family bro yust pun tak ketinggalan
begitu jugak dgn pokde n mokde
senang citer.......berpeloh la uncle Nash kluarga mattuyu kerjakan..hehehe......

ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)