Selasa, 5 Oktober 2010

Kacip Emas....(Allah jua yang menyembuhkan).

Berita baik untuk penghidap Kencing Manis....ini bukan olok olok atau cerita P.Ramlee walaupun bulan ni adalah bulan tengok cerita P.ramlee...Kacip Emas Global Sdn Bhd telah mengeluarkan produk yang amat baik untuk menurunkan kadar gula untuk pesakit kencing manis...

Ceritanya bermula apabila produk ini diperkenalkan kepada keluarga kami melalui pesakit kencing manis yang kronik sehingga Dr Pakar di ICU Muar telah mengambil keputusan untuk memotong tangan seorang pesakit dan ianya tidak dipersetujui dikalangan keluarga pesakit itu sendiri(setiap pembedahan wajib ditandatangani oleh pihak keluarga terdekat)maka tiada tandatangan di turunkan

Setelah mereka membuat keputusan untuk keluar dari ICU dan ditempatkan di wad biasa,satu keajaiban telah berlaku dimana tangan si pesakit beransur pulih dan mempunyai tahap kesihatan yang baik(Allah jua yang menyembuhkan)...semuanya atas kelebihan Produk ini iaitu produk kacip emas(Allah jua yang menyembuhkan)...

Tangan si pesakit mula menampakkan isi yang sebelom ini dibuang...sehingga saat posting ini ditulis,si pesakit telahpun berjaya melakukan pembedahan untuk menampal kulit ditangan menggunakan kulit peha..alhamdulillah(Allah jua yang menyembuhkan)...

Adakah produk ini juga berkesan terhadap kesihatan Ayahnda saya @ pokde????

(Allah jua yang menyembuhkan)...ternyata ianya berkesan...tahap gula didalam badan turun mendadak sehingga bacaan gula menunjukkan no 1 iaitu diparas bahaya atau kekurangan gula didalam badan hanya setelah 2 kali minum....jadi sekarang kami sekeluarga bersepakat mengurangkan dos nya...dalam masa itu juga ayahnda @ pokde ditukarkan ke wad HDW iaitu turunnya satu tahap dari paras bahaya yang menempatkan beliau di wad ICU..(Allah jua yang menyembuhkan)...

Jadi selepas ini...boleh lah kita pakat collect duit untuk membelikan kepada keluarga kita yang mempunyai jenis sakit yang sama...iaitu kencing manis...mana tahu(Allah jua yang menyembuhkan)berkat posting ini menyatakan kehebatan produk Kacip Emas dapat membantu keluarga kita dari dibelenggu sakit kencing manis ini(harap pokjak dapat menghulurkan sumbangan)...hulurkan tangan ringankan beban...sebotol...RM 145...

sila dapatkan maklumat Kacip Emas disini

Isnin, 20 September 2010

bangkai tikus dalam belacan ...

MUAR: Sebuah keluarga di Bukit Pasir di sini, tidak dapat menahan rasa jijik dan loya serta terkejut apabila mendapati sekeping belacan yang dibeli untuk memasak jamuan rumah terbuka Aidilfitri mengandungi benda asing, dipercayai bangkai tikus.Bukan itu saja, belacan yang kebiasaannya berbau udang turut mengeluarkan bau busuk meloyakan selain terdapat sisa tulang haiwan perosak terbabit.
Menurut Rosli Talib, 24, dia hanya menyedari belacan yang dibeli dengan harga RM1.50 itu mengandungi benda asing ketika mahu mencampurkan bahan terbabit ke dalam masakan untuk juadah rumah terbuka.
“Saya pelik apabila belacan yang baru dibeli dari sebuah kedai runcit di sini, mengeluarkan bau busuk dan meloyakan.
“Namun semua itu terjawab apabila saya menghancurkan belacan itu yang liat seakan-akan gula-gula getah dan kelihatan objek seperti ekor, tulang dan bulu haiwan dipercayai tikus,” katanya.
Sangkaan Rosli tidak meleset dan ia terbukti apabila cebisan bulu itu ialah tikus yang mungkin diadun sekali ketika belacan terbabit diproses.
Rosli juga melahirkan rasa bimbang apabila belacan itu turut lengkap dengan logo jaminan halal dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Saya risau kerana belacan itu mungkin diadun secara pukal dan bahan terbabit berbahaya sekiranya ia dicampurkan dalam makanan tanpa usul periksa.
“Tikus adalah haiwan perosak yang membawa penyakit. Jadi tidak mustahil bangkai itu boleh menjejaskan kesihatan pengguna,” katanya.
Rosli sudah menghantar sampel belacan itu untuk pemeriksaan di Pejabat Kesihatan Daerah di sini dan jika ia disahkan bangkai haiwan perosak terbabit, satu tindakan akan diambil dalam masa terdekat.

Ia termasuk melakukan pemeriksaan mengejut bagi memeriksa sendiri produk yang dihasilkan di sebuah kilang di Batu Pahat itu....

Sumber..harian metro

sendiri mau ingat haaaaa...

Rabu, 15 September 2010

Menyakat Ammar...

Beginilah bila kebosanan melanda...yeahhh..sakat anak...hahahaha....kesian anak aku...hehehehe

Ahad, 5 September 2010

Iklan paling mahal dan paling penuh kontroversi...

Antara iklan yang termahal didunia...mengikut info yang tiada sahih atau dalilnya...iklan ini menelan belanja sehingga 60juta.....Ntah bila malaysia nak buat iklan camni...silap haribulan kena panggil wak Kanta nak pasang balik komponen enjin tu...hahahahaha

Iklan yang ni pulak antara yang penuh dgn kontroversi...nak tau kenapa....klik SINI...

Pelik bin ajaib la skrg ni...Iklan pun Diaorg kaji..tapi bagus jugak..dapat gak kita kongsi ilmu...wallahualam.

Selasa, 31 Ogos 2010

Terkini Pokde....31 ogos 2010.

Assalamualaikom...harap ampun dan maaf sebab lama jugak blog ni tak di kemaskini..
Al maklumlah bizi skit bulan puasa ni.....

Untuk pengetahuan semua...Pada hari ini 31 ogos 2010 bersamaan hari selasa..Pokde telah menjalani pembedahan iaitu menukar saluran pernafasannya yang sebelom ini telah tersumbat disebabkan oleh kahak yang mengeras....

Dan apa yang membuatkan kami begitu sedih adalah...menurut kata doktor,paru parunya masih tidak menunjukkan tanda akan pulih...

Setelah 4 hari kami agak gembira kerana Pokde menunjukkan tanda yang amat positif seperti mampu makan yogurt dan doktor menyarankan kami memberi pokde makan makanan yang lembut seperti yogurt dan aiskrim...malah pokde seperti amat gembira dan tak sabar ketika mokde mahu menyuapkan yogurt juga ais krim perisa milo ke mulut pokde...

Namun hari ini apabila tiba masa kami untuk melawat pokde...semuanya bertukar dari senyuman ke muram....apabila mata kami tertumpu kearah bilik pokde..apa yang kami lihat..pokde telah separa sedar dan badannya menggigil bukan kerana kesejukan...tapi kesakitan...

Luka di saluran pernafasan berdarah kembali...apabila nurse cuba untuk memasukkan tiub untuk menyedut darah dan luka,dapat kami membayangkan kesakitan pokde...masuk je tiub...dengan mata yang terjegil...dgn kepala yang terdongak..dapat kami membayangkan kesakitannya....memang sakit.....bila ditarik keluar sahaja tiub itu....hanya larutan merah sahaja yang keluar...DARAH....

Ya Allah...Ku bermohon kepada Mu Ya Allah....Kurangkanlah penderitaan ayahnda hamba...Ku mengalirkan air mata dikala posting ini di tulis...Sihatkanlah Ayahnda kami...sesungguhnya engkaulah maha pengampun lagi maha penyembuh penyakit....amin.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Lama tak update..


Assalamualaikom....lama tak ke udara mengupdate blog ni....
ok la tak mo celoteh panjang...straight to the point...
Keadaan pokde pada masa ini semakin pulih...cuma sekali sekala pokde mengalami sesak nafas atau sempot..kaki pokde bertambah baik,namun menurut kata doktor masih terdapat lagi sel mati..(takkan nak operate lagi..aduihhh..) Buat masa ni tiada apa yang dapat dilakukan selain dari memberi pokde makanan sampingan atau supplement seperti spirulina.....namun hanya Allah yang dapat menyembuhkan keadaan pokde...marilah kita bersama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pokde....terima kasih...

ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)