Selasa, 9 November 2010

Naim demam.

Naim demam...dgn tiba2 plak tuhh...

takpelah...demam nak pandai org tua kata...insyaAllah.

Khamis, 4 November 2010

Best gambo ni...hehehe

Happy Diwali

“Sesungguhnya dengan amalan kebaikan maka hadirlah kemuliaan, sesungguhnya kejahatan itu menjelma apabila kita melupakan amalan kebaikan”
Kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali.....Vanekam...

Rabu, 3 November 2010

Happy Bday Mama...


Selamat Hari Jadi Mama...Kami sentiasa berdoa akan kesejahteraan Mama...

Semoga Mama Terus Tabah Menghadapi UjianNya.....

Pertamanya, Aza ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Mama yang menyambutnya pada hari ini iaitu 3 November 2010. Semoga sihat sejahtera, berbahagia, murah rezeki, menjadi ibu terbaik dan semuanya yang baik-baik.

Mungkin Aza tidak mampu menghadiahkan hadiah yang besar-besar seperti kereta mewah, rantai emas, batu permata, rumah besar, percutian mewah, makan besar TETAPI kami hanya mampu memberikan kasih sayang keluarga.

Insyaallah kalau ada rezeki minggu depan Aza balik Muo, nak makan mana yer? huhuhuhu

Selasa, 2 November 2010

Esok Naik Lagi......Yahoooooooooo....hahahahahaha

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter. Harga petrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka. Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak.

Lagi Lagi Peraduan....


Get ready to surf the biggest wave of rewards. At PETRONAS, you will experience the power and enjoy the savings with PETRONAS PRIMAX fuels. Just spend RM30 or purchase a RM10 Mesra Combo Pack and stand a chance to win RM3 million worth of prizes. Fill up at your nearest PETRONAS station now!

Hurry! Contest begins 1 November and ends 15 February 2011.
*RM3 million worth of grand prizes and weekly prizes.
Terms & Conditions apply.

Hanya di Petronas...(Jalan Klang Lama)..hehehe

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kembali ke Rahmatullah...(Tokde Jantan)

Gambar--->Tokde Jantan Dan Tokde Ecah

Lebih kurang pukul 9.30 malam pada 28 oktober 2010...telefon berbunyi....bila dilihat,owhh abg Yus rupanya.....

Yes Chai..Achai adalah panggilan untuk abg Yus bagi rakan semasa di sekolah...."ada apa"...
Ku pikirkan abg Yus nak kirim rokok,telah menjadi kebiasaan abg Yus mengirim rokok ketika aku nak tutup station.....

Aza,Tokde Jantan meninggal.....Pak Hamdan baru je bgtau....Innalillahiwainnailaihirojiun...

Tokde Jantan atau nama sebenarnya Mustafa bin Hassan adalah adik kepada Atok Mak @ atok uda atau nama sebenarnya Ramlah Bte Hassan...

Gambar----->Inilah atok mak kakak kepada tokde Jantan...

Selepas selesai urusan kerja..saya dan abg yust dengan pantas terus memecut kereta pergi ke Gombak taman koperasi Polis fasa 1.....setibanya di sana saya lihat,uncle Fuad dan uncle Hamdan tgh sibuk menalifon sanak saudara..dalam kesibukan itu juga kami adik beradik bersalaman....

Gambar----->Kali terakhir saya bertemu Tokde jantan adalah ketika beliau datang ke Muar melawat papa di Hospital.

Jenazah masih belom tiba dari Hospital,jadi kami mengambil keputusan untuk tunggu sehingga jenazah tiba...dalam pada yang sama kami juga menunggu ketibaan Pakjak dan atok mak...selepas lebih sejam menunggu,Ambulan pun sampai ...diikuti kereta Uncle Midy...saya dan juga Abg yus turut serta dalam mengusung jenazah ke dalam rumah...

apabila jenazah telah dibaringkan di tilam yang telah sedia ada di ruang tamu rumah,saya tanpa berlengah mengambil wuduk dan terus menyedekahkan surah yasin kepada beliau..kemudian terus diikuti oleh cucu beliau...

setelah selesai,saya pun bangkit dan terus ke depan rumah,kelihatan Hazman anak abg yust tgh sibuk bermain bola...jenazah sedang di minyakkan dgn minyak zaitun....

oleh kerana abg yust kerja di pagi harinya maka kami mengambil keputusan untuk pulang dan saya berjanji dgn uncle2 sekelian bahawa saya akan datang ketika mengebumikan jenazah esoknya..insyaallah.

Gambar hiasan..

Ketika saya sampai semula di gombak,jenazah sedang disembahyangkan di surau berdekatan,ada lebih kurang 100 org menyembahyangkannya....kemudian jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam di gombak...

setelah selesai,saya pun pulang bersama dgn anak saya boy dan hezry....
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama yang beriman...amin.

Yakinlah janji Allah, benar dan pasti!
Akhirat itu benar…, Syurga itu benar… dan Neraka itu benar!

Mati itu pasti akan datang menjemput kita mengadap Yang Maha Adil lagi Maha Perkasa


ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)