Selasa, 15 Februari 2011

Maulidurrasul 2011

IRONINYA menjelang sambutan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh masyarakat Islam di Malaysia melakukan pelbagai persiapan termasuk perarakan, program ceramah dan forum bagi memperingati kelahiran insan agung ini.

Segalanya dilakukan demi menunjukkan rasa kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi terhadap baginda yang telah membawa rahmat dan kesejahteraan untuk seluruh alam.

Ini juga bertepatan dengan sabdanya yang bermaksud "Tidak beriman seseorang kamu kecuali aku lebih dicintai daripada kedua ibu bapanya, anak dan manusia keseluruhannya".

Namun setelah lebih 1400 tahun Nabi Muhammad SAW diutuskan dengan seruan untuk mentauhidkan Allah SWT serta memperelok akhlak manusia, terdapat segelintir masyarakat Islam yang masih tidak mengerti ajaran mulia yang dibawa olehnya.

Perkara ini dapat dilihat daripada sudut kepercayaan, amalan syariah dan akhlak mulia yang sepatutnya sebati dalam diri individu Muslim. Ketiga-tiga aspek ini merupakan komponen utama ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Kepentingannya boleh diibaratkan seperti sebatang pokok yang tegak berdiri dek kerana akar tunjang yang menusuk bumi, dihiasi pula dengan dahan, ranting serta daun-daun menghijau yang kemudian menghasilkan buah yang enak dimakan.

Kegagalan menghayati ajaran Islam sebagai cara hidup telah menyebabkan, aspek kepercayaan terhadap Rukun Islam dan Rukun Iman yang menjadi tonggak keutuhan akidah umat Islam tercalar lalu menyumbang gejala kerosakan akidah yang membimbangkan.

Terbaharu, pendedahan sebuah kumpulan ajaran sesat di Putrajaya, jelas menyimpang daripada landasan akidah yang sebenar. Bagaimana mungkin seseorang mendakwa melihat Nabi Adam dan Nabi Sulaiman AS, sedangkan nikmat mimpi melihat Nabi Muhammad SAW pun sukar untuk diperoleh. Begitu pula dakwaan memiliki kitab yang mempunyai petunjuk lebih jelas berbanding al-Quran merupakan pembohongan nyata yang mengelirukan umat Islam.

Gejala kerosakan akidah, berjangkit pula kepada masalah pelaksanaan undang-undang syariah, lalu ada yang berani mempersoalkan hukuman sebat kepada pesalah zina dan peminum arak.

Bukankah Allah SWT dengan jelas menyatakan dalam Surah al-Maidah bahawa orang yang berzina lelaki dan perempuan hendaklah disebat dengan 100 kali sebatan, tanpa belas kasihan.

Dalam konteks pelaksanaan ibadah pula, secara sedar atau tidak masih ramai yang melaksanakan ibadah tetapi di bawah indeks pencapaian kualiti ibadah (KPI) yang ditetapkan. Sebagai contoh, ramai yang solat tanpa disertai rasa khusyuk dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Begitu juga ada yang tak malu jika tidak berpuasa pada bulan Ramadan, orang kaya khuatir disindir kedekut jika tidak bersedekah ataupun pergi haji sekadar untuk mencukupkan pingat dan gelaran sedia ada.

Apabila kerosakan akidah dan syariah semakin parah, ia menyumbang pula kepada kehancuran akhlak dan nilai murni yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Pergaulan bebas tanpa sempadan, berpelukan, berciuman di khayalak ramai bahkan bersekedudukan seolah-olah menjadi gaya hidup kepada sesetengah masyarakat Islam.

Cara hidup yang tidak berpaksikan kecantikan akhlak Islam ini menyumbang pula kepada peningkatan maksiat, pembunuhan, buang dan bakar bayi, minum arak dan pelbagai aktiviti yang tidak bermoral. Begitu juga tatacara berpakaian yang menjolok mata dan menampakkan susuk tubuh sedikit sebanyak menyumbang kepada jenayah rogol dan gangguan seksual yang menjadi-jadi.

Apa yang berlaku menampakkan realiti kehidupan umat Islam hari ini lebih buruk daripada masyarakat Arab jahiliah ketika Nabi Muhammad SAW diutuskan. Kalau dahulu mereka sanggup menanam anak hidup-hidup kerana malu dikurniakan cahaya mata perempuan kini segelintir masyarakat Islam lebih ke hadapan kerana tergamak membunuh sesiapa sahaja tak kira bayi perempuan, lelaki hatta khunsa sekalipun kerana malu akibat keterlanjuran zina yang dilakukan.

Terbaharu kes bayi ditemui dibakar adalah episod pembunuhan kejam segelintir masyarakat jahiliah moden yang tidak berpenghujung. Tindakan mereka bersifat kebinatangan dan langsung tidak berperikemanusiaan.

Lalu apakah cukup maulud Nabi Muhammad SAW diingati hanya dengan mengadakan majlis di masjid dan surau, kawasan kejiranan dan di jabatan-jabatan tertentu selama berbulan-bulan lamanya tanpa dihayati dan dilestarikan sunah dan ajaran yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Jika begitulah amalannya ia tak ubah seperti meraikan sambutan hari jadi biasa yang dipenuhi pelbagai kuih-muih juga hidangan nasi minyak yang menyelerakan, diselitkan pula dengan sesi ceramah seperti program Raja Lawak yang menyebabkan semua hadirin ketawa terbahak-bahak dan pulang tanpa memperoleh apa-apa.

Ada pula yang mengadakan sambutan Maulidur Rasul sebagai satu trend bagi memenuhi aktiviti tahunan yang juga perlu dihindari bagi mengelak tanggapan serong yang bakal mencemarkan kesucian institusi kenabian.

Justeru, sempena ketibaan hari mulia ini, umat Islam diseru untuk mengamalkan 4M terhadap sirah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW. Mereka diseru memiliki sekurang-kurangnya sebuah kitab sirah, kemudian membaca, memahami isi kandungannya dan mempraktikkan setiap sunnah tinggalan nabi sebagai jalan selamat untuk beroleh kejayaan hidup dunia dan akhirat.

Dengan cara ini juga kita akan lebih mengenali personaliti dan peribadi Nabi yang dikasihi oleh kawan dan lawan.

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.


Salam maulidur Rasul....

Khamis, 10 Februari 2011

Dinny Boy Sakit Tekak...(Tonsil)

Assalamualaikom...Dah 2 hari dah budak Boy ni ngadu sakit tekak....ingatkan takde pape,biasalah...sakit tekak musim panas sejuk ni...

Tapi semalam dah kena 'sound' dgn mokde...kata mokde"kau ni anak sakit tekak sampai takleh telan air liur pun ko biorrrr jeww"...erkkkk.....dalam hati aku ni gerenti Dinny Boy dok mengadu yg berlebihan dgn mak atok dia nih,almaklumlah...cucu kesayangan..cewaaahhhh.......cesssss...Hakuuuuuu jugak yg kena....

so pepagi ni lepas solat subuh,siapkan Hezry dgn Naiim go to school....dalam perjalanan hantar Naiim,Dinny boy pun ikot,skali jalan ke Klinik.....Doktor just bagi ubat minum(sakit tekak) dgn vitamin C je.....tapi kalau nengok gambau...ngeri gak la...
Tuuuuuu...nampak merah tu...siap bonjol bonjol....perghhh...talan air liur sakit kata Boy..

Tapi saya tengok...selambewww jewww telan roti canai...
Zoooomm innnnnnnn kata Aznil...huhuhu.....

Selasa, 8 Februari 2011

Lagi kekejaman manusia...

Kesian bila kita melihat amah amah ini didera oleh majikan mereka....
Tidak kurang juga apabila mereka dirogol...diseksa seperti binatang.....
Tetapi bagaimana pula jika amah amah ini pula yg mendera anak anak majikan mereka.....
Bagai tiada kesudahan bila kita membaca akhbar harian...
Aaaaaaaadddaaaaa je kes mcm ni...(tiru Ustaz Kazim)...ustaz kazim kata kalau AAAA tu 4 harkat maknanya teruk benar la bunyiknye....hehehe......

Kita saksikan video yg baru saya terima melalui E-mel.........
Amacam......tak ngeri ke kita nak ambil amah sebagai penjaga anak2 kita....jadikanlah iktibar....
Agak agak...kembong tak budak tu.....Anda tengok...Anda jawab.....

jumpa lagi...:)

Anda juga pasti benci melihat lagi lagi kekejaman manusia..Klik je Kat SINI

Ahad, 6 Februari 2011

Selamat hari Lahir...

Selamat Hari Lahir Dinny Boy...Semoga Allah terus memberikan hidayahNya pada kita...
Jadilah anak yg soleh..yg sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya....
Jadilah anak dan org yg beriman kepada Allah dan Rasulnya.....
Janganlah sengaja meninggal perkara wajib dan tinggalkanlah laranganNya...
Insyaallah hidup kita pasti berkat dunia dan akhirat...insyaallah...
Dari Imam Syafei Apabila Ditanya Mengapa Dia Mula Memakai Tongkat Apabila Umur Dia Masuk (30@40 tak pasti) Padahal Dia Masih Sihat,

"Smoga ia menjadi ingatan untuk aku supaya memperbanyakkan lagi amal untuk di bawa ke akhirat, pecutan amal aku harus laju kerana masa yang ada sudah semakin suntuk !"......

Selamat Hari Lahir Pak Anjang dan Dinny Boy.....

Kepada yg belom lagi membaca posting sebelom ni...tekan je la kat SINI.....pasti klako...hahahaha

Sabtu, 5 Februari 2011

Aktiviti Balik Muo..



Ni saja saja je testing...dalam pada masa tgh pejam mata tu...bayangkanlah sendiri didalam khayalan bagaimana ditindih...dihempap...didatangi...dan dibangkitkan kembali...wallahualam
Kubur Pokde yg sentiasa akan kami lawati....minggu ni cuma berkesempatan untuk melabuhkan batu nesan sebab untuk membuat kepok belom boleh lagi...kalau buat jugak alamatnya kena timbus la dgn tanah kubur sebelah...

Masa duk lepak lepak santai kat umah atok....teringat pakjak suh amik gambo untuk menjelaskan lagi keadaan warna dinding umah atok...biru hijau....kelabu taik tuuuttt....
Yang ni kelabu taik tuuuutt...hahahaha...tapi tona warna menjadikan ruang tamu atok ni kemas dan besar...
Yang ni hijau muda ala ala anak tudung atok...hehehe.....
Jambatan atau titian menghubungkan umah kami dan atok....
Inilah thermos ajaib yang masih disimpan atok...katanya pakjak marah kalau buang.....ada jin tanah gamaknya dalam thermos ni...huhuhuhu

Lepas tu pada malamnya...diadakan surprise untuk meraikan harijadi paknjang yg jatuhnya pada 6 februari 2011 ....tetapi dipercepatkan sedikit kerana masa cuti amatlah terhadnya..
Inilah surprise gift untuk paknjang ...(aku belom bayor duit kat kak idah lagi)....huhuhu
Paknjang kira menahan air mata jugaklah semasa kami meraikannya...
Syaheera selaku anak bongsu membaca ucapan untuk ayahndanya dan linangan air mata pun bermula......
Inilah antara pemenang pertandingan 'TEKA PAK ANJANG'....ramai lagi pemenang yg hilang dari lensa kamera....antaranya zairul@elun..dinny@boy dan banyak lagi...soalannya...jeng jeng jeng...

1)Apakah favourite team bola pak anjang?---->arsenal
2)Apakah jenama baju kegemaran pak anjang?---->camel active
3)Apakah nama penuh isteri pak anjang?---->Nor Anani bt Abdul Aziz..(soalan ini menimbulkan sedikit kekecohan apabila syaheera tersilap sedikit membaca soalan iaitu...apakah nama penuh isteri pak anjang YANG SEKARANG......wakakaka...terus org menjerit...hahahahaha)
4)Bilakah tarikh sebenar hari jadi pak anjang?---->6 februari 1956
5)Apakah nama gelaran pak anjang dan siapakah yg memberi gelaran tersebut?--->ketot...tok enah
6)Siapakah pemain gitar kegemaran pak anjang?---->man kidal
7)tangan belah mana pak anjang pakai jam?---->kanan
8)Siapakah pasangan yg bersanding bersama pak anjang?---->kak besah
9)Apakah nama kampong kegemaran pak anjang?---->kampong doriah
10)Apakah number plat keta pak anjang?---->JLC 7432
11)Dimanakah rumah kedua dua besan pak anjang?---->parit sakai dan kuantan
12)Apakah hobi pak anjang ketika memandu?---->korek hidung
13)Tahun pak anjang berkahwin?---->1982
14)Saiz pinggang pak anjang?---->36
15)Apakah jenis makanan yang pernah pak anjang berniaga?---->sotong kangkung
16)Berapa batang gigi pak anjang yg telah rongak di tepi?---->2
17)Apakah nama penuh menantu pertama ayah?---->Nur Saadudin b Datim
18)Berapakah nombor rumah pak anjang di taman seri jeram?---->69
19)Bila pak anjang menerima menantu pertama?---->12 sept 2010
20)Berapakah umor isteri pak anjang?---->49..

Berikutlah antara soalan soalannya......tetapi ada jugak yg bagi soalan sendiri...antaranya...
1)pakcik matar...dimanakah pakanjang hampir lemas ketika mandi parit...dan antara jawapan yg kelako adalah dari abg ajip....belakang umah pak ngah bidek....wakakakaka...jawapan sebenar lupa la plak...hahaha...tanya pakcik yeaa...

2)pak usu.....antara aku(poksu) dgn pak anjang...berapa lama kami angkat taik..wakakakakakaka...pecah kepala kitaorg gelak...sorang pun tak dapat jawab dan jawapan diberikan sendiri oleh poksu..iaitu poksu sebulan...pak anjang 6 hari...dan jawapan disahkan sendiri oleh pak anjang....wakakakakakakakakaka

3)aza....apakah jenis rokok paknjang sebelom berenti....dan soalan ini telah bocor tetapi diberikan juga hadiah dan dimenangi oleh zairol....rokok peter stuyvesant.....hahahahahahaha....


Ada apa dgn Sarah....atau......apa kenaaaa laaaa ko ni sarahhhhhhhh......hahahahahahaha
Jamming......jamming.....dan boleh dikatakan lagu yg di jam..tidak mengecewakan...
Abg awang punya skill pun bleh tahan gak arrr.....abg yust pun orait jugak....
Abg padil yg kira orait gak la.....
tapi bila poksu datanggggggggggg........hancusssssssss....arghhhhhhh.....tidakkkkkkkkkkk.....
cincinnnnnnnnn belahhhhhhhhhhhhh rotannnnnnnnnnnnnnnn satuuuuuuuuuuuuuuuuu.......hahahahahahahahahhahaahahahha......

anyway...aku enjoy balik kampung raya cina ni....alhamdulillah....aksi kami menebang pokok di belakang dan tepi fertigasi takde sorang pon teringat nak amik...maklumlah...penat dan luka luka tangan poksu dera...antara yg kena dera....aza...yust....ajip...huhuhhuhu...ok...jumpa lagi di lain posting...insyaallah....assalamualaikom....

Sabtu, 29 Januari 2011

Masalah kambing kena rogol.....

Gambar Hiasan.....

Assalamualaikom semua...
Saya ada satu kisah menarik untuk dikongsi bersama....sedang saya leka dan tekun mendengar ceramah ustaz Kazim Elias didalam kereta,anak saya yg no 2 datang dan terus masuk didalam kereta....tidak semena mena dia terus bertanya..."papa papa....kalau kambing kawen dgn babi...Kambing tu halal tak untuk dimakan....kalau kambing tu beranak...anak dia halal tak untuk kita makan....kalau tak silap angah susu dia pun tak halal kan papa"....jawapan yg keluar dari mulut saya...."sabar Ngah...tak boleh terus jatuhkan hukum dalam hal ni...mana boleh angah terus kata susu kambing tu dah jadi haram untuk diminum..mana angah dapat soklan ni?.."..

"ntah...angah tgh main psp tiba2 teringat nak tanya soklan ni kat papa"...dalam hati saya kata...ini hidayah Allah....saya kena cari jawapan yg tepat untuk menjawapnya.....jawapannya yg tepat belom lagi diketahui...insyaallah dalam masa terdekat ye nak....

Isnin, 17 Januari 2011

What's wrong with Abg Jenal...


Kelu lidah...Terperanjat hati...Perasaan ingin tahu yang membuak buak....apa kena dgn Abg Awang kita ni....Dengar dari sumber yg tak pasti..kencing bedarah katanya...kalau kencing berdarah ni biasanya batu karang..itu la sumber yg tak pasti namanya...so apa yang pasti Abg Awang kena kuat semangat...Kai Ai menjadi pendorong untuk Abg Awang menjadi kuat,jgn lain yang kuat dah...hehehe....

Ya Allah,anugerahkan ke atas kami penawar kepada penawar Mu,dan kesembuhan daripada kesembuhan Mu,juga keberkatan dari keberkatan Mu,juga rahmat daripada rahmat Mu,terhadap penderitaan penderitaan yang dideritai oleh abang awang saudaraku,juga mereka yang lemah...dan sembuhkanlah...sembuhkanlah....sembuhkanlah dgn rahmatMu Ya Allah yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...amin..

ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)