Ahad, 16 Ogos 2009

KOPERASI MATTUYU

Pengurusan Dalam Koperasi

PENGURUSAN ialah seni mengarahkan kegiatan-kegiatan satu kumpulan
manusia kepada objektif yang telah dipersetujui. Apabila objektifnya itu mudah dan kumpulan itu kecil, tiada masalah besar pengurusan akan timbul. Keadaannya bolehlah dibandingkan dengan apa yang terjadi apabila tiga atau empat orang berpakat untuk menebang sebatang pokok besar: orang yang paling berpengalaman dalam hal menebang pokok akan memberi arahan(pak andak), yang paling lincah akan memanjat tangga(abg latip matar), yang takut sekali akan memegang tangga supaya tidak goyang(pakjak) dan yang kuat sekali akan menghayun kapak(pak usu). Banyak peniaga kecil, swasta dan juga koperasi, dijalankan sama seperti cara yang formal ini tetapi selalunya berjaya.

Satu perkara adalah sangat nyata: bahawa fungsi pengurusan mengikut buku teks – merancang, menyusun, memberi perangsang, mengawal dan menilai – mestilah dijalankan oleh orang yang profesional jika koperasi ingin berjaya. Seorang pengurus menjadi ‘profesional’ dengan mendapatkan pengetahuan yang cukup mengenai semua teknik yang termoden bagi kerjanya. Pengurus profesional bagi sesebuah koperasi perlu latihan yang meliputi lebih jauh daripada hanya teknik pengurusan perniagaan. Dia perlu dilatih untuk mengenali perbezaan-perbezaan khusus dalam pengurusan organisasi yang dikawal secara demokratik. Sesungguhnya bolehlah dikatakan bahawa pengurus sesebuah koperasi mempunyai fungsi khusus untuk dilaksanakan – iaitu melaksana operasi mengikut nilai dan prinsip koperasi.

Pada amalannya, pengurusan mesti bermula dengan penentuan objektif yang hendak dicapai, dan ditulis ke dalam peraturan-peraturan atau undang-undang kecil. Dalam Undang-Undang Kecil tersebut telah diterangkan dengan luas, misalnya bagaimana untuk memasarkan hasil pengeluaran pertanian anggota-anggota atau untuk membekalkan makanan dan lain-lain keperluan rumah tangga kepada anggota-anggota. Adalah tugas Lembaga untuk mentakrifkan objektif-objektif ini dengan lebih terperinci dan dengan cara perancangan bagi masa yang dihadapi, misalnya untuk membuka sebuah kedai yang menyediakan barang makanan dan pakaian.

Hanya dengan pemikiran yang jelas sahaja, tingkah laku dan rangkaian pengurusan boleh menentukan tugas pengurus, apa yang patut pengurus buat, apa yang pengurus boleh harapkan orang lain membuatnya, dan bagaimana kejayaan dan kegagalan sesuatu usaha boleh dipastikan.Tanpa pemikiran yang luas tentang perkara ini, amat sukar untuk mengetahui orang yang bagaimana boleh menjadi pengurus yang berjaya dan bagaimana bentuk latihan yang boleh diterima oleh pengurus pada masa hadapan.

Sekarang mungkin telah nyata bahawa, walaupun koperasi mempunyai tujuan kemasyarakatan yang kuat, ia juga merupakan suatu perusahaan yang mempunyai masalah-masalah dari segi saiznya, bentuknya, pengurusan dan kelengkapan tekniknya yang mana berjalan serentak bersama-sama dengan lain-lain aktiviti ekonomi. Ini telah diakui dalam gerakan koperasi sendiri. Sebab itu pemikiran yang hanya bertumpu kepada kebaikan-kebaikan asasi Prinsip-Prinsip Koperasi boleh membawa kejayaan tanpa menghiraukan teknik pengurusan, adalah tidak wajar. Atau sekalipun teknik semacam ini hanya dikehendaki dalam satu sistem yang didasarkan kepada alasan-alasan yang tidak betul, seperti membuat keuntungan sendiri dan dengan cara bersaing ‘potong leher’.

SEALAMAT HARI LAHIR SHAHEERA

SELAMAT HARI LAHIR SHAHEERA.....
DARI KLUARGA POKDE@MATTUYU,DGN UCAPAN......JGN TINGGI LAGI..HEHEHE

ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)