Selasa, 10 Ogos 2010

Pokde selepas pembedahan ke 3....

Keadaan pokde selepas menjalani pembedahan menebuk kerongkong untuk pernafasan yang lebih mudah...Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.....
Pembedahan untuk membuang sel mati pada kaki Pokde juga berjalan lancar...lebih kurang 10 sentimeter lagi dibedah dan makin membesarlah kawasan kaki pokde yang dibedah... :(

Lihatlah sendiri keadaan Pokde dgn video yang sedia ada....
Apa apa perkembangan akan terus di update di sini....insyaallah..

Ramadhan.....

Di sini kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak berapa lama saja lagi buat semua umat islam walau dimana jua berada.Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat ahli keluarga serta sahabat handai yang tetap setia memberikan sumbangan doa dan dorongan buat Kami sekeluarga,,,Kami amat menghargainya,,,,

Didalam kesedihan yang melanda keluarga kami...Saya sempat juga untuk menziarahi kubur arwah atok abah dan atok Long yang telah pergi meninggalkan kita....saya lampirkan bersama gambar nya.....

Kawasan perkuburan islam Bakri batu 6 Muar Johor...
Al fatihah........kubur atok Abah....(Haji Mohamed Bin Hamzah@mattuyu)
Al fatihah.....kubur atok Long (Zainah Binti Ahad@nenek kecik..panggilan Boy)
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..

Maklumat Terkini....Akhirnya tebuk Jua...

Assalamualaikom pembaca dan juga saudara dan rakan sekelian....Untuk makluman,Pokde akan menjalani dua lagi sesi pembedahan pada hari ini sekiranya tiada apa apa yang menghalang Pokde dari menjalani pembedahan....Pembedahan 1 ialah membuka sedikit lagi kaki Pokde kerana masih terdapat sel kulit dan isi yang mati.....Pembedahan 2 ialah menebuk lubang di leher pokde kerana bantuan pernafasan melalui mulut tidak begitu berkesan...Saya berharap agar Pokde di berikan kesihatan yang baik dan selamat menjalani pembedahan ini bermula pada bila bila masa dari posting ini di tulis...(10.23 pagi..selasa 10 ogos 2010)
Marilah kita bersama sama mendoakan kesihatan dan keselamatan Pokde semasa dan selepas pembedahan....(Dr kata pembedahan ini berisiko tinggi)...
Kami sekeluarga hanya mampu memberikan yang terbaik....Doktor juga berjanji memberikan yang terbaik...selebihnya hanya tawakkal dan tawaduk kepada Allah SWT......

ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)