Pokde masih lagi ditempatkan di wad ICU di hospital Muar....cuma biliknya sahaja yang bertukar...semasa posting ini di tulis...Pokde berada di bilik atau katil no 7.....Pokde dalam keadaan separuh sedar...bila di panggil..Pokde cuba membuka mata tetapi tiada cuba untuk melihat atau mencari arah suara kami....Mungkin juga dari tindak balas ubat yang diberikan...senang cerita,mamai lah....Dari segi perkembangan kesihatan,tiada panjang lebar dari doktor,apa yang doktor kata...keadaan Pokde lebih 'BAIK' dari semalam...alhamdulillah...
Kami sekeluarga tidak pernah putus mendoakan supaya Pokde kembali sihat seperti sediakala...walaupun hati kami menangis melihat Pokde terlantar sebegini,namun,semangat yang tidak putus diberikan oleh saudara mara dan sahabat handai membuatkan kami sekeluarga terus tabah menghadapi dugaanNya...Semoga Pokde mendapat keberkatan dari sakit yang dihadapinya....semoga pokde terus cekal dan tabah menghadapi dan melawan sakitnya itu...dan...semoga Pokde akan pulih seperti sedia kala...we love u papa.....sekian dari saya...
-AZARUDIN BOCHEH-...........