Isnin, 20 September 2010

bangkai tikus dalam belacan ...

MUAR: Sebuah keluarga di Bukit Pasir di sini, tidak dapat menahan rasa jijik dan loya serta terkejut apabila mendapati sekeping belacan yang dibeli untuk memasak jamuan rumah terbuka Aidilfitri mengandungi benda asing, dipercayai bangkai tikus.Bukan itu saja, belacan yang kebiasaannya berbau udang turut mengeluarkan bau busuk meloyakan selain terdapat sisa tulang haiwan perosak terbabit.
Menurut Rosli Talib, 24, dia hanya menyedari belacan yang dibeli dengan harga RM1.50 itu mengandungi benda asing ketika mahu mencampurkan bahan terbabit ke dalam masakan untuk juadah rumah terbuka.
“Saya pelik apabila belacan yang baru dibeli dari sebuah kedai runcit di sini, mengeluarkan bau busuk dan meloyakan.
“Namun semua itu terjawab apabila saya menghancurkan belacan itu yang liat seakan-akan gula-gula getah dan kelihatan objek seperti ekor, tulang dan bulu haiwan dipercayai tikus,” katanya.
Sangkaan Rosli tidak meleset dan ia terbukti apabila cebisan bulu itu ialah tikus yang mungkin diadun sekali ketika belacan terbabit diproses.
Rosli juga melahirkan rasa bimbang apabila belacan itu turut lengkap dengan logo jaminan halal dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Saya risau kerana belacan itu mungkin diadun secara pukal dan bahan terbabit berbahaya sekiranya ia dicampurkan dalam makanan tanpa usul periksa.
“Tikus adalah haiwan perosak yang membawa penyakit. Jadi tidak mustahil bangkai itu boleh menjejaskan kesihatan pengguna,” katanya.
Rosli sudah menghantar sampel belacan itu untuk pemeriksaan di Pejabat Kesihatan Daerah di sini dan jika ia disahkan bangkai haiwan perosak terbabit, satu tindakan akan diambil dalam masa terdekat.

Ia termasuk melakukan pemeriksaan mengejut bagi memeriksa sendiri produk yang dihasilkan di sebuah kilang di Batu Pahat itu....

Sumber..harian metro

sendiri mau ingat haaaaa...

ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)