Berikut adalah surat kebenaran untuk melakukan pembedahan pokde untuk kali kedua....pembedahan akan dijalankan pada bila bila masa dari sekarang(rabu,4 ogos 2010 jam 10.42am)...menurut kata doktor,pokde mengalami serangan jantung pula...dan oleh dgn itu,risiko untuk menjalani pembedahan adalah sangat tinggi....bersamalah kita mendoakan agar pokde selamat menjalani pembedahan..... sila klik gambar untuk lebih jelas....
HIGH RISK CONTENT.....
Keadaan pesakit adalah TENAT, kerana mendapat serangan jantung.RISIKO untuk menjalani pembedahan adalah SANGAT TINGGI disebabkan jantung pesakit yang LEMAH.Keadaan pesakit boleh menjadi lebih teruk ketika dan selepas menjalani pembedahan..
Bersamalah kita mendoakan agar pokde atau Mohamed Satar bin Mohamad terus diberi hidayah dan bertambah imannya,insyaallah....saya selaku anak kepada pesakit memohon agar memberi sumbangan DOA kepada beliau...sekian terima kasih.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (al-Baqarah 2:186).
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Ka`abah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami) sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui