Al maklumlah bizi skit bulan puasa ni.....
Untuk pengetahuan semua...Pada hari ini 31 ogos 2010 bersamaan hari selasa..Pokde telah menjalani pembedahan iaitu menukar saluran pernafasannya yang sebelom ini telah tersumbat disebabkan oleh kahak yang mengeras....
Dan apa yang membuatkan kami begitu sedih adalah...menurut kata doktor,paru parunya masih tidak menunjukkan tanda akan pulih...
Setelah 4 hari kami agak gembira kerana Pokde menunjukkan tanda yang amat positif seperti mampu makan yogurt dan doktor menyarankan kami memberi pokde makan makanan yang lembut seperti yogurt dan aiskrim...malah pokde seperti amat gembira dan tak sabar ketika mokde mahu menyuapkan yogurt juga ais krim perisa milo ke mulut pokde...
Namun hari ini apabila tiba masa kami untuk melawat pokde...semuanya bertukar dari senyuman ke muram....apabila mata kami tertumpu kearah bilik pokde..apa yang kami lihat..pokde telah separa sedar dan badannya menggigil bukan kerana kesejukan...tapi kesakitan...
Luka di saluran pernafasan berdarah kembali...apabila nurse cuba untuk memasukkan tiub untuk menyedut darah dan luka,dapat kami membayangkan kesakitan pokde...masuk je tiub...dengan mata yang terjegil...dgn kepala yang terdongak..dapat kami membayangkan kesakitannya....memang sakit.....bila ditarik keluar sahaja tiub itu....hanya larutan merah sahaja yang keluar...DARAH....
Ya Allah...Ku bermohon kepada Mu Ya Allah....Kurangkanlah penderitaan ayahnda hamba...Ku mengalirkan air mata dikala posting ini di tulis...Sihatkanlah Ayahnda kami...sesungguhnya engkaulah maha pengampun lagi maha penyembuh penyakit....amin.