Ahad, 31 Januari 2010

Kekejaman Israeil..eh salah..bukan Israeil...tapi Zionis...









Wahai Saudara Islam Ku,

Anak ini mencuba untuk menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal.

Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?

Projek B....bday the mak anjang...

Semalam aza dah janji nak bersihkan enjin dia...nah inilah hasilnya...berseri carburettor dia...esok nak projek C plak... pegi kedai sparepart nak beli cover set plak...huhuhu...mesti best punyalah moto ni wa bikin...opppsss...lupa plak mak anjang punya b'day...happy the bday to mak anjang...semoga panjang umor n murah rezeki n menimang ehhh..takkan nak menimang menantu plak...bermenantu lebih sesuai...hehehhe..assalamualaikom......

Sabtu, 30 Januari 2010

Projek A....

Assalamualaikom bang....tersadai dekat 5 tahun dah ni bang,nak jual ke..tanya aku kepada penyewa tetap dkt Kg Mydin....tak nak la aza..jawab abg Nazri spontan....hmm..sedih gak aku dgn jawapan dia...yg sebenarnya mata aku ni semak tgk moto ni tersadai...hmm..last last aku ayat jugak abg Nazri tu...bang..dari tersepuk je abg jual la kat saya..bleh gak saya ajor dak Boy bawak moto..hmmm...abg kata tak jual,tak jual laaa...kalau ko nak amik je laaaa....haaahhhhh...terkejut beruk aku..tak sangka plak aku yg sebenarnya mmg abg nazri tak nak jual,tapi dia nak bagi je kat aku..rezeki rezeki....so tanpa berlengah aku balik rumah,tukar baju,tukar seluar..terus sorong moto ni pegi kat rumah aku...hehehe..selamat tinggal abg nazri..kehkehkeh....dia janji nak bg aku gerannya skali..so aku accept je la.......
selepas 2 hari tersepok inilah hasilnya..habis body dia aku bukak...panggil pak long hamzah suh tengok tengokkan...bismillahirrahmannirrahim...preeengggggg,preeeng,preeengggg...alhamdulillah...hidup sudah moto nii...hari isnin ni aku nak pegi beli cover body baru..biar terjojol mata BEKAS tuan dia..hehehe.....esok nak projek B plak....cuci enjin dia...kekotoran yg melekat dkt enjin moto ni dianggarkan melebihi 10 kilo...paham2 je laa.....

Jumaat, 29 Januari 2010

Ngv oh Ngv

Assalamualaikom...boring jugak rasanya bila dah takde org nak melayari blog pokde ni..so dari pada biar blog ni bersawang elok juga kalau kita merehatkan minda dgn menatap gambau gambau ni.....

Beginilah keadaan setiap petang dimana station servis Petronas antara penyumbang kesesakan jalan raya di Klang Lama....Mana tak nya...yg beratur nak isi NGV memangla panjang...
Inilah yg menyebabkan Shell kat sebelah tutup(renovation agaknya)..hehehe..tutup terus...mana taknya..sampai jalan masuk ke Shell pun tertutup di sebabkan org teksi ni..mengamuk jugak la tokey Shell sekali skala....
Rezeki rezeki....Alhamdulillah syukur kepada Allah yg mengurniakan rezeki yg melimpah ruah ke atas perniagaan ini...amin.......

Rabu, 27 Januari 2010

Ammar telah pulih...Alhamdulillah..

Segala pujian bg Allah tuhan sekelian alam..Muhammad Ammar Ashraf telah diberi kesihatan yg baik selepas 4 hari mengalami jangkitan kuman yg berpunca bukan dari sekolah seperti yang diberitahu sebelum ini,ianya berpunca dari tonsil Ammar sendiri,oleh kerana tonsilnya telah dijangkiti secara automatik paru2 dan usus Ammar pun dijangkiti..tetapi setelah diberi rawatan yg rapi di HKL,maka Ammar pun telah pulih seperti sediakala...Alhamdulillah....Anak-anak....lepas ni jgn harap nak makan jajan yg beli kat skola lagi yeaa...kalau kantoi dgn haku..rotan 24 inci menanti kalian....

Isnin, 25 Januari 2010

Pemberitahuan...

Assalamualaikom...minta maaf sekiranya terlambat memberitahu bahawa Muhammad Ammar Ashraf bin Hj Azarudin telah dimasukkan ke wad kanak kanak 6 di HKL selama 2 hari kerana dikhuatiri mendapat jangkitan kuman pada paru-paru dan juga usus yg kemungkinan besar disebarkan dari sekolah ke rumah...Sebelum ini abgnya Amirul Dinny telah dijangkiti kuman di paru-parunya,dan kemungkinan juga menyebarkan kuman ini kepada sikecil..Saya selaku bapa kepada anak anak kecil ini berikhtiar sedaya mungkin dan bertawakal kepada allah ....semoga anak anak kecil ini akan terus diberi kekuatan dan kejayaan dunia n akhirat..amin..wassalam.

Sabtu, 23 Januari 2010

MANGKAT


Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

image
  1. Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
  2. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
  3. Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
  4. Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
  5. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
  6. Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat
  7. Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
  8. Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
  9. Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
  10. Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
  11. Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.

Jumaat, 22 Januari 2010

SEMILANG ATAU KELI...

kalau la besar ni terpancing kat sungai muar...fuhh..kenduri asam pedas semilang kita....

IKAN pari ini adalah salah satu spesies ikan air tawar yang menjadi sasaran Hogan dalam pencarian ikan air tawar terbesar di dunia.– AP


Ikan pari air tawar ini bukanlah yang paling besar di dunia tetapi saiznya sahaja sudah pasti cukup menakutkan, namun ia bukan pari yang dicari oleh seorang ahli biologi dari Universiti Nevada-Reno, Zeb Hogan dalam pencarian spesies ikan air tawar terbesar dunia.

Pencarian pada April lalu dalam projek Megafishes yang ditaja oleh National Geographic Society itu tercetus apabila terdengar cerita nelayan tempatan yang berjaya menangkap seekor ikan pari seberat 500 kilogram dengan lebar sayap sepanjang 4.3 meter di sungai tersebut.

Projek tiga tahun itu bertujuan mendokumentasi dan melindungi ikan air tawar raksasa dengan berat sekurang-kurangnya 91 kilogram dan panjang 1.83 meter selain memecahkan rekod ikan air tawar terbesar dunia yang dipegang oleh seekor ikan keli raksasa seberat 293 kilogram di Sungai Mekong, Kemboja.



IKAN pari ini adalah salah satu spesies ikan air tawar yang menjadi sasaran Hogan dalam pencarian ikan air tawar terbesar di dunia.– AP


Ikan pari air tawar ini bukanlah yang paling besar di dunia tetapi saiznya sahaja sudah pasti cukup menakutkan, namun ia bukan pari yang dicari oleh seorang ahli biologi dari Universiti Nevada-Reno, Zeb Hogan dalam pencarian spesies ikan air tawar terbesar dunia.

Pencarian pada April lalu dalam projek Megafishes yang ditaja oleh National Geographic Society itu tercetus apabila terdengar cerita nelayan tempatan yang berjaya menangkap seekor ikan pari seberat 500 kilogram dengan lebar sayap sepanjang 4.3 meter di sungai tersebut.

Projek tiga tahun itu bertujuan mendokumentasi dan melindungi ikan air tawar raksasa dengan berat sekurang-kurangnya 91 kilogram dan panjang 1.83 meter selain memecahkan rekod ikan air tawar terbesar dunia yang dipegang oleh seekor ikan keli raksasa seberat 293 kilogram di Sungai Mekong, Kemboja.


Rabu, 20 Januari 2010

MEREKA MEMILIH ISLAM

Kisah-kisah pengislaman Dr. Murad Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang, Diplomat) / Dileep Kumar (Hindu, Tokoh Muzik Bollywood) / Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik, Pakar Pengajian Islam) / Jang (dari Negara China)

Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)

Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960 beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco

Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.

Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”

Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.

Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”

Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/

Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)

Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau adalah penganut agama Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western Classical Dileep KumarMusic dari Trinity College of Music, Oxford University. Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya yang merevolusikan muzik Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsur-unsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock serta muzik Hindu klasik dalam muziknya. Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik sebanyak tiga kali.

Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu, ketika berada di Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang menyuruhnya memeluk Islam. Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang serupa datang berulang-ulang kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya. Minatnya terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang tokoh agama Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan beliau menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.

Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal 6 Januari 2006 yang merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau berkata, “Itulah hadiah hari jadi saya yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.”

Rujukan: http://www.arabnews.com/?page=1&section=0&article=76202&d=13&m=1&y=2006&pix=kingdom.jpg&category=Kingdom

Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)

Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987. Pada asalnya beliau Dr. Ingrid Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.

Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama Islam.

Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).

Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm

Jang (Bangsa China)

Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf IslamOnline bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir Jang(babi). Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.

Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini...

Isnin, 18 Januari 2010

RENUNGAN BERSAMA

Assalamualaikum w.b.t….

Brother & sisters..

Just want to share something with you all…

Think carefully for our next future generations…

Remember the quote “to see the future of nation just look at their youth @ youngster…

What their done is the mirror of what will happen in future….”

So what happen now give big implication on our next generation…

It’s a story about using Allah as same word as other God which in Christian they believe Jesus is the son of God.

So, the Malaysian Christian (which I believe only some of them) currently claim that the word Allah not only belong to Muslim but also for them..

For me, it’s really sad they can’t even simplest thing & hurt Malaysian people really bad…

After many decade we Malay Muslim had sacrifice a lot for the others Malaysian (neither race or religion) in the name of unity but right now when it relate to ‘Aqidah’ & purity of Islam religion it’s really too much….

I don’t want our past mistake happen again & again…..

I believe this part of the Jewish plan.

So to all Muslim, please come unite & protect our beloved religion & country….

P/S : Here I attached some interesting photo that may open any Muslim eye regarding this matter….

So, please don’t say in the name of democracy, or whatever…..

19451_106550566028765_100000214663670_177535_7760926_n.jpg

What the kids will think after this if Allah can be seen at church like this??

It’ll make them confuse like ‘we can pray Allah at church’ or ‘Allah has more than one’???

What will happen next??

17359_1076635612328_1719385278_144636_2369863_n.jpg

This already happen in East Malaysia , so please do something before its spread here…

17357_106749889337123_100000063365276_180655_6189715_n.jpg

Don’t wait until it happen like in Indonesia which lot of confusion like this….

That time ‘Murtad’ is normal & can’t be stop anymore….

Again, to all my Muslim friend lets unite and face this for sake of our future…

Thanks…..

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

Wassalam…

Mintak mahap warga mat2u sekelian...disebabkan anai-anai masuk dalam laptop...so tergendala lah sebentar blog atan mattuyu ni....tapi i'm back...dan segala info akan di updatekan mulai hari ini...insyaallah..

ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)