PAPA tetap idolaku...
Hari Bapa bakal disambut pada hari Ahad ini 21 Jun 2009. Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua Ayah, Papa, Daddy, Walid, Abah dan Baba yang membaca blog saya dan ayah kepada pembaca blog ini.
Banyak pengorbanan yang Ayah kita telah lakukan pada kita.
Buat saya, anak2 saya adalah nyawa saya. Mereka adalah penyebab saya terus tabah melalui kehidupan. Setiap kali Hari Bapa,mereka akan berbaris mengikut turutan dari yg besar sehingga kecil...
PAPA SAYANG ANAK2 PAPA!!!!
PAPA SAYANG ANAK2 PAPA!!!!
Buat papa..Hj Mohamed Satar B Mohamad...kami sayang papa....tidak akan kami lupa akan jasa dan pengorbanan papa membesarkan kami...untuk itu...terimalah pantun dari kami....
Tidur lelaki di tepi perigi,
Di dalam rumah susah nak lena;
Mencari rezeki di pagi hari,
Buat bekalan kami sekeluarga.
Sarang lebah besar sekali,
Takut termakan burung tempua;
Marah abah setiap hari,(mmg budak aza nakal)
Buat pedoman kami semua.
Masak gelama bersama kari,
Terlebih gula rasanya manis;
Sejarah lama teringat kembali,
Kerana kami abah menangis.(dak yust yg banyak buat papa dgn tokmak nangis)
Burung enggang di dalam hutan,
Cari makan sampai tak dapat;
Tali pinggang menjadi rotan,(macam kipas helikopter)
Buat ingatan sepanjang hayat.(at last sume jadi ORANG)
Jatuh kolam tangan terkulai,
Bawa hospital sampai ke pekan;
Tiada kalam lebih bernilai,
Hanya sayang kami tuturkan.
Buat tempe dengan ragi,(sazly hassan...wakakakakaka)
Hanya guna air segelas;
Penat abah kami rasai,
Hanya Allah akan membalas....
Di dalam rumah susah nak lena;
Mencari rezeki di pagi hari,
Buat bekalan kami sekeluarga.
Sarang lebah besar sekali,
Takut termakan burung tempua;
Marah abah setiap hari,(mmg budak aza nakal)
Buat pedoman kami semua.
Masak gelama bersama kari,
Terlebih gula rasanya manis;
Sejarah lama teringat kembali,
Kerana kami abah menangis.(dak yust yg banyak buat papa dgn tokmak nangis)
Burung enggang di dalam hutan,
Cari makan sampai tak dapat;
Tali pinggang menjadi rotan,(macam kipas helikopter)
Buat ingatan sepanjang hayat.(at last sume jadi ORANG)
Jatuh kolam tangan terkulai,
Bawa hospital sampai ke pekan;
Tiada kalam lebih bernilai,
Hanya sayang kami tuturkan.
Buat tempe dengan ragi,(sazly hassan...wakakakakaka)
Hanya guna air segelas;
Penat abah kami rasai,
Hanya Allah akan membalas....
Untuk itu kami mengucapkan Selamat Hari Bapa ..
(abg apis siap forward mesej pakjak kat tok abah...hehehe...gurau n menyenyeh adalah trademark keluarga mattuyu....hehehehe)