Ahad, 22 Mei 2011

Muar oh Muar

Inilah dia 10 fakta menarik yang patut anda tahu mengenai masyarakat di Muar, Johor:

1. Orang Muar makan satay untuk sarapan, nasi lemak untuk makan malam.
2. Kalau bercakap mesti dihujung ayat ada bunyi "ek". Contoh: hari ni ape projek ek?
3. Kebanyakan yang "old school" di Muar adalah rockers/berangan nak jadi rockers, yang muda-muda pula nak jadi B-Boy.
4. Orang Muo pegi paso naik beca pakai selipor panjat pagor pakai gebor lalu bando. Terjemahan: orang Muar pergi pasar pakai selipar naik beca panjat pagar pakai gebar(selimut) lalu bandar :)
5. Orang Muar pandai melawak, walau yang paling pendiam sekalipun sekali buat lawak mesti orang ketawa berdekah-dekah.
6. Orang Muar adalah spesis kuat "menganjing" dan amat kebal bila "dianjingkan". Haha.
7. Orang Muar mencipta Mee Bandang, yang langsung tiada kena mengena dengan Bandung, Indonesia.
8. Bila orang Muar berkata mereka nak pergi "Johor", bermakna mereka nak ke Johor Bharu a.k.a JB.
9. Bila anak jati Muar yang lama merantau balik ke kampung halaman dan lupa nak berbahasa "Orang Muo" akan diperli selama seminggu.
10. Orang Muar ramai duduk dekat parit :)

Sekian, terima kasih.

Sabtu, 21 Mei 2011

Naiim punya sukaneka.....

Assalamualaikom
 Hari ini tanggal 21 may 2011 MAIWP telah mengadakan sukaneka zon bangsar di padang Tenaga Nasional Bangsar....jom kita layan gambar...(kelihatan Naiim bersedia untuk pergi ke padang setelah di make-up oleh ustazahnya)
 Amacam...ada berani...hehehehe
 Ramai....panas.....kecoh.....lama.....dan penat....hehehe
 Perbarisan....TANGAN DEPAAAANNNNN.....JATUH!!!!.....DEPANNNNNNNNN....JATUH!!!....jerit ustazah.....hahahahahahaha
 Ampun Tuanku walupon takde Tuanku...hehehehe.....
 Hijau world...
 Ramai...memang ramai...tak cukop tempat duduk...
 Peaceeee......sebelom memulakan acara...
 Ok ....bersedia...
 Go hijau go....go hijau go....
 ok...dah masuk padanggg.
Naim menunggu giliran..........
Dan mari kita lihat naiim menarik bola dgn berpegang kepada pepatah.........
"BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT".......HEHEHEHE.......

Selasa, 17 Mei 2011

Tiada kata ......Doa dan tawakal untuk adik Irfan....

 Pagi tadi kami sekeluarga pergi melawat adik irfan di IJN...tapi tiada kata dapat diluahkan sebab ada pesakit lain sedang menjalani operation di tempat adik Irfan ditempatkan...jadi kami tidak dibenarkan masuk ......Tiada kata juga apabila kami terserempak dgn ayah adik Irfan iaitu abg Fauzi...kalaun ikot pangkat kena panggil uncle....tapi sejak kecit dah panggil abg....ngeeee....
Jadi kami pun berborak tentang adik Irfan...dalam dok cite cite...berlinang juga mata abg Fauzi...mana taknya...yang sakit tu anak beb....jadi...bila berlinang je mata masing2...maka...tiada kata dapat diluahkan...Difahamkan....kesengsaraan yang adik Irfan alami antaranya adalah seperti berikut....(menurut dari abg Fauzi dan bukan rekaan aku semata mata).....Adik irfan jantungnya telah dibedah sebanyak 2 kali...kali yang kedua dibedah kerana kebocoran di bahagian jantung....lagi kesengsaraan yang membuatkan kami berlinang....kadar denyutan jantung adik Irfan adalah sekitar 200 ...kalau kita normal denyutan kita sekitar 100...jadi apa yang membuatkan kami sedih....bila Irfan sedang tidur...maka bergeraklah badannya mengikut rentak jantungnya sendiri...lu bayang lah sendiri.....ok...antara cara untuk menurunkan kelajuan heartbeat adik Irfan adalah.....ni pun sengsara gak ni...berlinang gak ni.....doktor menidurkan adik Irfan dengan bertilamkan AIS@AIR BATU........perghhhhhhhhh......maka menurut abg Fauzi...menggigillah budak tu...berlinang lagi....

So dari apa yang dipaparkan disini...(aku berlinang lagi ni...)....marilah kita bersama mendoakan keselamatan dan semoga Allah cepat menyembuhkan adik Irfan...untuk abg Fauzi...kami harap abg banyak banyak bersabar dan bertawakal...sesungguhnya Dalam hal ini, Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).......jadi sabarlah abg Fauzi...inilah antara hidayahNya...insyaallah......

Ahad, 8 Mei 2011

Selamat hari ibu....

 Selamat menyambut hari ibu...layannn........
60 tahun umor mama....tua dah mak kita...


Selamat Hari Ibu kepada Puan Hajjah Hasnah bte Abu Bakar.....
Sesungguhnya tiada yg dapat menandingi kasih mu terhadap kami sekeluarga....
Ibu sentiasa di sisi walaupun jauh di mata...
Biar dalam suka ada duka...
Kasih sayangmu tak ternilai harganya....
Segala yang kau berikan,tak mungkin dapat ku balas.....
Dengan ikhlas kami sekeluarga mengucapkan.....
IBU....ENGKAULAH PERMATA HIDUP KAMI....

Ahad, 1 Mei 2011

Chik Bt Ahmad

Inilah satu satunya nenek sebelah Mak yang masih ada...Chik Bt Ahmad...adalah kakak kepada Abu Bakar bin Ahmad....Abu Bakar bin Ahmad adalah bapa kepada ibunda kami Hasnah Bt Abu Bakar....umornya 92 tahun.....ingatannya pudar..penglihatannya juga kurang baik...pendengarannya juga kurang baik...dan beliau telah bongkok yang amat....semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik buat beliau....

ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)