Khamis, 29 September 2011

Kenangan keluarga mattuyu....'hang'...tergantung...

Assalamualaikom Warahmatullahi Wabarakatuh....
Lama rasanya tak berblog dgn bersungguh sungguh,di susuli pulak dgn line internet yang tak berapa nak cantek.
Tapi bagus jugak sebab tak la pening kepala nak perah apa nak tulis...Idea hari ni datang ketika mengemas bilik belakang yang mcm stor tu...usha punya usha,terjumpa album album lama yang berjaya menggamit kembali nostalgia keakraban keluarga mattuyu ....

Cuba perhatikan Gambar kat atas tu....Ntah bila lagi Family mattuyu ni nak mcm tu lagi...Yang Otai otai mcm atok mak dah jadi tahap moyang....yang pakcik pakcik dah ramai jadi pangkat atok....mcm paknjang bakal jadi atok bulan januari ni kalau tak silap...baru baru ni poksu baru je dapat cucu ke-2...

Cuba perhatikan Gambar atas ni....memang dari dulu lagi family kita ni amat minat dgn music...Nampak arwah atok abah dalam gambar ni....sape tak nampak jentik telinga dia....Tok abah memang meminati muzik ghazal...tengok je lah kat mana beliau 'PORT' masa 'band' Saujana Muar ni nak main...perghhh......

Ok sekarang Tuan Blog nak tanya....Barang barang jamming kat umah arwah Pokde ni sebenarnya ada tak sesiapa nak main lagi...kalau dah takde rasanya elok let go je kot...

Masih ingat kah lagi dgn pondok ini....Kita boleh dikatakan semua yang lelaki bertungkus lumus membinanya bersama...dari hujung ke hujung dan kehujung kebun kita bekerjasama....poksu selaku org kuat adalah yang paling sibuk...setiap minggu kita balik muar untuk bersama....

Inilah pondok AKA banglo dalam kebun yang kita usahakan bersama...kalau nak tau..pondok ini masih lagi beroperasi dgn baik...kalau tak percaya..pergilah ke lokasi...sungai raya jorak....

Gambar sekadar hiasan....Paknjang the Legend....hahahaha....
Masih segarkah lagi ingatan kita kepada kekuatan ikatan kekeluargaan apabila perbincangan untuk menubuhkan Persatuan/Comittee atau koperasi keluarga..??...
Mula mula perbincangan amat serius...sehingga keluarga Aminah @ Tokchu pun turut serta...Tengoklah sendiri gambar di atas...dari yang paling tua...sampai yang paling muda turut serta....Namun penubuhan ini masih tidak berjaya sehingga percubaan ke-2 juga masih lagi 'hang'....Pak ajak...kak idah..apa cite..???

Lepas tu ketawa....patut ar tak jadi...hahahahaha...
Saya selaku penulis Blog bagi pihak arwah papa @ Mohd Satar @ Pak Uda,dgn ini berharap agar perbincangan untuk meneruskan penubuhan ini dilaksanakan,kerana apa yang dapat kita semua lihat,menubuhkan pertubuhan ini banyak manfaatnya....antaranya...tabung yang akan ditubuhkan dapat memberi dana untuk anak cucu kita yang akan meneruskan generasi ini untuk berdaya saing dan mencapai tahap yang optimum dalam pelajaran...begitu juga bagi yang memerlukan dana untuk rawatan...bolehkah kita hanya melihat anak cucu kita ketinggalan....hanyut....hancur...hanya kerana kita tidak mahu membantu...begitu juga yang sakit...bolehkah kita hanya melihat anak cucu kita terlantar sakit sedang penyakit atau kesakitan itu sendiri boleh kita ubati jika dananya mencukupi...hulurkan tangan,ringankan beban...:)

Ok...itu je sebenarnya nak celoteh...gambar atas ni masih lagi segar dalam ingatan...masa ni arwah tok abah tanya..."mana KFC atok"....perghhh....ok la..diharapkan semua akan bersemangat semula untuk menubuhkan apa yang masih lagi 'hang'....semoga apa yang poksu kata tak akan termakbul....nak tau apa poksu kata...."kalau aku mati,keluarga mattuyu ni pun mesti pecah..kau kau...aku aku..."...perghhh....tapi dalam nada spontan arrr....jgn jadikan isu plak..pangggg karangg....

Dgn ini saya sudahi...wabillahataufik walhidayah...jgn hisap pit....jgn hisap dadah..(ehh ini pantun saiful apek)......wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikom warahmatullahi wabarakatuh....

Rabu, 28 September 2011

Muhammad Ibrahim Bin Hairul Anuar...

Kepada semua Warga Mat2uFatimahAminah Associates, adalah dmaklumkan puan hajar telah selamat melahirkan cahaya mata yg ke2 seorang bayi lelaki pada 21/09/2011 jam 11.30pm...Tahniah untuk Abg Nyai dan Hajar...


Lepas ni berempat la plak....alhamdulillah..
“Ya Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab (al-Quran)". “Aku berlindung kepada Allah untukmu dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala setan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.”

Amin.....

Ahad, 11 September 2011

Cadangan Rumah Terbuka Keluarga MFA 2012

Tajuk : Cadangan Rumah Terbuka Keluarga MFA 2012
Tarikh : Syawal 2012
Tempat : Hotel Pelangi,Muar,Johor
Penglibatan : Semua Ahli Keluarga MFA (Mohamed@mattuyu..Fatimah..Aminah)
Gambar Hiasan


            Idea tercetus sewaktu menonton video Rumah Terbuka Hajjah Ramlah Bt Hassan (Tok De) 2009 di rumah En.Abdul Razak ( Pak Jaq) di Bintulu. Kemeriahan,kekecohan,telatah,keakraban kita sekeluarga perlu di teruskan walaupun beberapa ahli keluarga telah tiada. Setelah perbincangan di lakukan di antara keluarga Pak Jaq & Keluarga Mak Long Gayah maka kami membuat keputusan untuk mewar-warkan idea ini kepada seluruh ahli keluarga yang tercinta.
Gambar Hiasan

            Memandangkan tiada penaja bagi majlis kali ini, kami bercadang untuk membuat pengumpulan dana setiap bulan bagi menjayakan majlis yang dicadangkan seperti di atas. Ini bersempena dengan perancangan Pak Jaq sekeluarga yang akan InsyAllah beraya di Kampung Muar bagi Syawal 2012. Pada pandangan kami sekalian, keluarga kita sudah jarang berkumpul bersama kecuali pada majlis-majlis tertentu seperti Hari Raya,Perkahwinan & Kematian. Ini adalah kerana,  kita semua sibuk menjalani kehidupan masing-masing bersama keluarga yang di bina. Kita juga tidak akan tahu bila waktu & ketika nya yang kita akan pergi dijemput Ilahi. Maka, hendaklah kita mencuba untuk meluangkan segala masa yang ada untuk bersama Keluarga & sanak saudara yang tercinta supaya kita tidak akan menyesal sekiranya mereka pergi meninggalkan kita tanpa diduga.
Gambar Hiasan

            Cadangan kutipan dana adalah seperti berikut :
-         Bermula pada hujung bulan Januari 2012.
-         RM 50 minimum setiap keluarga.
-         Bank-in pada : Muhid

Gambar Hiasan


Jika terdapat sebarang cadangan atau bantahan sila kemukakan. Persetujuan dari semua pihak adalah di perlukan bagi melaksanakan cadangan perancangan di atas. Buat semua keluarga tercinta, sila berikan jawapan bagi cadangan pungutan dana yang dicadangkan di atas. Sekiranya ia adalah satu bebanan, pihak kami amat memahami kerana tiada paksaan dikenakan. Jika dana yang dicadangkan tidak mendapat sambutan, kami akan berusaha mencari jalan agar perjumpaan keluarga ini akan tetap diteruskan kerana pihak kami benar-benar ikhlas untuk menjayakan majlis perjumpaan keluarga ini dan benar-benar berharap agar semua ahli keluarga dapat menjayakan majlis yang dirancang.
Sekian, Terima Kasih.

Gambar Hiasan
 

Anggaran kiraan :
Minimum Rm 50 x 11 keluarga = Rm 550 sebulan
Jan-Jun (6 bulan) = Rm 3300
Jumlah ahli keluarga mat2u : 128 orang


Buat keluarga Aminah Associates, sekiranya bersetuju dengan cadangan pihak kami ini, sila maklumkan kepada Pak Jaq .



Dalam Kenangan..


ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)