Rabu, 4 Ogos 2010

Keadaan pokde ketika ini.....rabu 4 ogos 2010.

Berikut adalah surat kebenaran untuk melakukan pembedahan pokde untuk kali kedua....pembedahan akan dijalankan pada bila bila masa dari sekarang(rabu,4 ogos 2010 jam 10.42am)...menurut kata doktor,pokde mengalami serangan jantung pula...dan oleh dgn itu,risiko untuk menjalani pembedahan adalah sangat tinggi....bersamalah kita mendoakan agar pokde selamat menjalani pembedahan..... sila klik gambar untuk lebih jelas....
HIGH RISK CONTENT.....
Keadaan pesakit adalah TENAT, kerana mendapat serangan jantung.RISIKO untuk menjalani pembedahan adalah SANGAT TINGGI disebabkan jantung pesakit yang LEMAH.Keadaan pesakit boleh menjadi lebih teruk ketika dan selepas menjalani pembedahan..

Bersamalah kita mendoakan agar pokde atau Mohamed Satar bin Mohamad terus diberi hidayah dan bertambah imannya,insyaallah....saya selaku anak kepada pesakit memohon agar memberi sumbangan DOA kepada beliau...sekian terima kasih.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (al-Baqarah 2:186).

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Ka`abah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami) sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Selasa, 3 Ogos 2010

Keadaan pokde ketika ini.....

Hari ini Selasa 3 august 2010....keadaan pokde masih lagi dalam keadaan yang sangat uzur (kritikal)...mengikut kata doktor,pokde masih lagi memerlukan mesin bantuan pernafasan dan jangkitan kuman pada paru-parunya masih lagi belum reda....beliau mengalami sesak nafas atau semput yang kuat....apabila keadaannya stabil,doktor akan membedah kakinya sekali lagi....setiap perkembangan,dengan izin Allah akan saya update kan di sini...gambar ini diambil pada petang ini pada waktu lawatan lebih kurang pada pukul 5.30 petang ini......sekian....Doakan lah pokde semoga diberi kesihatan dan ditambahkan iman pada beliau...amin....
.

Ahad, 1 Ogos 2010

Perkembangan dan Pelawat Papa

Alhamdulillah adalah perkataan pertama yang saya ucapkan walaupun pada hakikatnya kita masih lagi bersedih dgn keadaan ayahnda kami....perkara yang paling positif ialah pokde telah sedar dari pengsan dan keduanya ialah beliau menangis...Alhamdulillah,syukur ke hadrat illahi kerana pokde masih lagi boleh menangis walaupun kita turut menangis mengenangkan sakitnya pokde....Jutaan terima kasih kepada yang sudi melawat.....
Secara ringkasnya saya catitkan disini mengenai perkembangan Pokde dan perkara ini diberitahu sendiri oleh doktor yang merawatnya..thanks doktor KAMALA......
Dr kata...jantung beliau lemah dan tak stabil,maknanya tidak cukup kuat dan denyutannya naik turun....paru-parunya dijangkiti kuman dan Dr masih lagi berusaha untuk merawatnya....Buah pinggangnya juga mengalami serangan kuman dan masih berusaha untuk merawatnya....darah beliau telah dijangkiti kuman..Pernafasan masih lagi memerlukan mesin sokongan..menurut kata Dr..apabila pokde sedar,beliau boleh bernafas dgn sendiri...tetapi apabila tidur,kadang2 beliau TERLUPA untuk bernafas(semua ini adalah dari mulut Dr dan bukan nak buat lawak).....Sama-samalah kita mendoakan kesihatan beliau....
Keluarga Tokde jantan yang sudi menghadirkan diri untuk melawat pokde walaupun pada hakikatnya mereka semua mempunyai urusan peribadi....
terima kasih sekali lagi kepada keluarga tokde jantan.....
Kegembiraan dan keceriaan Atok Mak jelas apabila dapat berjumpa dgn adik tercinta iaitu Tokde Jantan...seperti yang kita ketahui atok mak memang senang menangis atau kememeh kata org muor....perkara pertama bila nampak kelibat anak buahnya masuk rumah..pelok dan nangis...
terima kasih sepupu semua @ anak buah pokde yang sudi melawat pokde...
Kepada aishah...jangan la menangisi dan meratapi sakitnya Papa...Doa,Usaha dan Tawakkal adalah yang terbaik....
Terima kasih keluarga pak anjang yang berkali kali minta maaf dan ampun kepada keluarga pokde kerana tidak dapat balik tetapi kerana kasih yang amat dalam beliau balik juga ke Muar..Kelihatan pak Anjang menangis ketika gambar ini diambil(mata merah tuuuuuuu)..Jutaan terima kasih sekali lagi...
Si kecil yang masih tidak mengerti....Doakanlah yang terbaik buat mereka selaku penyambung generasi keluarga Mattuyu....
Terima kasih juga kepada keluarga belah mokde yang dapat menghadirkan diri untuk melawat ayahnda tercinta....jasa dan pengorbanan tidak akan dilupakan...
tidak lupa juga kepada keluarga che Yem yang bersusah payah dgn anak anak kecil untuk melawat ayahnda kami....Jutaan terima kasih...
Bakal menimang cahaya mata yang kedua....semoga mendapat anak yang soleh dan solehah...
D'GORGEOUS club mattuyu pun menghadirkan diri....mak Long Gayah bukan ahli kelab yea...hehehe....
kelihatan keluarga belah mokde mengerumuni sekitar ICU....terima kasih pada keluarga mak uteh dan pak uteh........

Terima kasih juga kepada Along iaitu suami kepada kaksu kerana sudi melawat ayahnda kami...
Terima kasih juga kepada makngah kerana sudi menghadirkan diri melawat ayahnda kami....cuti lagi yea...hehehe
pakngah dan menantu@suami faezah...kelihatan makjah yang baru nak naik kereta....terima kasih kalian....jasa dan pengorbanan tidak akan dilupakan...
Special Guest...Sazly Hassan dan isteri qistina hassan juga sudi menghadirkan diri melawat ayahnda kami...terima kasih semua...

kalau dah nama cikgu....di mana mana pun pasti nak mengajar...cikgu qistina melayan anaknda saya melukis.....

Jutaan terima kasih sekali lagi untuk semua yang melawat papa kami...yang tiada dalam gambar pun ramai...iaitu...PAK ANDAK DAN MAK ANDAK SEKELUARGA....INSPEKTOR LAN DAN MAZUIN SEKELUARGA...ALONG@CUCU TOKCHU SEKELUARGA...KELUARGA MAKLONG MANISEH,ABG AJIP,KAK NAH ..dan kurang di kenal pasti (mak kenal la)..iaitu ON...sedara atau jiran di rumah lama(batu 1)....

Sekali lagi Jutaan terima kasih untuk semua...hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian semua.....

Jumaat, 30 Julai 2010

Pokde di bilik ICU selepas pembedahan....keadaannya 'serius' kata doktor..
Jantung lemah...kuman telah memasuki dalam darah..ketika gambar ini di posting,pokde masih lagi tidak sedarkan diri disebabkan doktor memberikan bius untuk membedah kakinya yang semakin melarat...
Di bilik inilah Pokde ditempatkan...
Disinilah dewan bedahnya.....

Saya terpaksa mencuri-curi mengambil video ini disebabkan ketegasan Hospital ini dalam bentuk apa jua gambar atau video...Saksikanlah video pokde didalam wad ICU(intensive care unit) atau unit jagaan rapi....semoga pokde cepat pulih seperti sediakala....wallahualam...amin.


Isnin, 26 Julai 2010

Budak mengaji....cute sangat.

Marilah kita menonton video kesungguhan kanak kanak ini mengaji al quran -surah Al-fatihah...
Ternyata begitu bersemangat dan bersungguh dalam mendalami ilmu Allah......
Bandingkanlah dengan diri kita sendiri....
Wallahualam


Amacam...cute tak budak ni ngaji...WALLADDDHHOOOOOLLLLLIIIIINNN
Pemberitahuan: Dimaklumkan ayahnda kami Hj Mohamed Satar bin Mohamad telah dimasukkan ke Hospital Muar di wad 3 kerana mengalami bengkak kaki..
Setelah lebih kurang seminggu menahan kesakitan akibat dari bengkak kaki itu..maka pada hari ini beliau telah dimasukkan ke hospital....

Sekalung Penghargaan dan Jutaan Ucapan Terima Kasih dari Kami sekeluarga kepada Abg Awang kerana sudi menghantar Ayahnda Kami ke hospital...

Segala pertanyaan boleh la email ke awang_pot@yahoo.com

Allah s.w.t. berfirman:

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim

Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah menggunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.


Semoga Allah terus memberi kesihatan yang baik dan menyembuhkan beliau secepat mungkin..
AMIN...

HUKUM BUNUH DIRI DAN MENYEMBAHYANGKANNYA..


Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:

‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Orang Bunuh Diri

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:


‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:

“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”
Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.

Wallahu a’lam.




ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)