Jumaat, 13 Ogos 2010

Perkara yang membatalkan puasa..


Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini :
1.Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
2.Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja .
3.Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .
4.Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.
5.
Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium
dan sebagainya.
6.Kedatangan haid atau nifas.
7.Gila walaupun hanya sekejap masa.
8.Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
9.Bersalin.
10.Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.
11.Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan
atau perbuatan.

Khamis, 12 Ogos 2010

Rindu sangat ......

Aku rindu kat anak anak aku....rindu bangat......teramatlah rindu...insyaallah kalau abah atok sihat...papa balik yea...
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

Rabu, 11 Ogos 2010

keadaan Pokde...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah...Pokde semakin positif walaupon sesekali Pokde mengalami sesak nafas akibat kelemahan paru paru berfungsi dgn baik....
Hari ini ketika Posting ini ditulis...Pokde sedar dan melakukan pelbagai gerakan kaki dan tangan....tidak ketinggalan juga cuba untuk bercakap walaupon tiada suara yang keluar...
Pokde sempat juga mencium Mokde,saya dan aisyah....Pokde juga mengirim salam kepada abg Yust ....syukur sekali lagi...kepada saudara dan rakan taulan...terima kasih dan kami tidak akan lupa akan jasa kalian semua....terima kasih sekali lagi...

Selasa, 10 Ogos 2010

Pokde selepas pembedahan ke 3....

Keadaan pokde selepas menjalani pembedahan menebuk kerongkong untuk pernafasan yang lebih mudah...Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.....
Pembedahan untuk membuang sel mati pada kaki Pokde juga berjalan lancar...lebih kurang 10 sentimeter lagi dibedah dan makin membesarlah kawasan kaki pokde yang dibedah... :(

Lihatlah sendiri keadaan Pokde dgn video yang sedia ada....
Apa apa perkembangan akan terus di update di sini....insyaallah..

Ramadhan.....

Di sini kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak berapa lama saja lagi buat semua umat islam walau dimana jua berada.Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat ahli keluarga serta sahabat handai yang tetap setia memberikan sumbangan doa dan dorongan buat Kami sekeluarga,,,Kami amat menghargainya,,,,

Didalam kesedihan yang melanda keluarga kami...Saya sempat juga untuk menziarahi kubur arwah atok abah dan atok Long yang telah pergi meninggalkan kita....saya lampirkan bersama gambar nya.....

Kawasan perkuburan islam Bakri batu 6 Muar Johor...
Al fatihah........kubur atok Abah....(Haji Mohamed Bin Hamzah@mattuyu)
Al fatihah.....kubur atok Long (Zainah Binti Ahad@nenek kecik..panggilan Boy)
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..

Maklumat Terkini....Akhirnya tebuk Jua...

Assalamualaikom pembaca dan juga saudara dan rakan sekelian....Untuk makluman,Pokde akan menjalani dua lagi sesi pembedahan pada hari ini sekiranya tiada apa apa yang menghalang Pokde dari menjalani pembedahan....Pembedahan 1 ialah membuka sedikit lagi kaki Pokde kerana masih terdapat sel kulit dan isi yang mati.....Pembedahan 2 ialah menebuk lubang di leher pokde kerana bantuan pernafasan melalui mulut tidak begitu berkesan...Saya berharap agar Pokde di berikan kesihatan yang baik dan selamat menjalani pembedahan ini bermula pada bila bila masa dari posting ini di tulis...(10.23 pagi..selasa 10 ogos 2010)
Marilah kita bersama sama mendoakan kesihatan dan keselamatan Pokde semasa dan selepas pembedahan....(Dr kata pembedahan ini berisiko tinggi)...
Kami sekeluarga hanya mampu memberikan yang terbaik....Doktor juga berjanji memberikan yang terbaik...selebihnya hanya tawakkal dan tawaduk kepada Allah SWT......

Isnin, 9 Ogos 2010

Pokde Terkini...

Keadaan pokde masih lagi ditahap tidak memuaskan...Paru parunya masih lemah diikuti kakinya yang terlalu sensetif kata doktor....Mesin membantu pernafasan masih lagi dipakai...Dr kata,kalau paru paru pokde terlalu lemah...maka satu tindakan drastik terpaksa dilakukan,iaitu menebuk leher untuk memasukkan sejenis alat bantuan pernafasan...risiko tiada suara terpaksa dihadapi...pernafasan pokde juga laju dan pendek pendek...marilah kita mendoakan kesihatan pokde...semoga Allah terus memberikan kesihatan dan hidayahnya kepada kita semua..amin.

Lihat dan perhatikanlah pernafasan pokde....


Doakan ye...."Aza harap papa cepat sembuh dan kembali seperti sediakala..amin"

ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)