Terkejut bila mendapat berita tentang bencana yang menimpa Bazar Ramadhan Jasin oleh Loq. Dikhabarkan juga terdapat beberapa orang yang terkorban dan tercedera dalam bencana tersebut ( 2 orang meninggal dunia, Buletin Utama). Memang pada petang tadi ( 13 Ogos 2010) hujan lebat melanda negeri Melaka. Sesuatu yang tidak dijangka-jangka. Bayangkan ketika sibuk membeli dan meniaga tiba-tiba sahaja angin kencang melanda sehingga meruntuhkan kanopi dan terdapat pokok-pokok yang tumbang.
Bazar Ramadhan Jasin memang merupakan tumpuan bagi penduduk sekitar Jasin untuk meniaga dan membeli juadah berbuka puasa. Bencana ini mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada peniaga-peniaga Bazar Ramadhan tersebut. Harap-harap mereka bersabar dan kuatkan semangat..
Kepada keluarga yang telah kehilangan yang tersayang akibat bencana ini diharap bersabar. Al-Fatihah untuk mereka....amin..(pukul berapa ribut???...Bukankah masuknya waktu asar untuk kita berjemaah di masjid....wallahualam)....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan