Selasa, 31 Ogos 2010

Terkini Pokde....31 ogos 2010.

Assalamualaikom...harap ampun dan maaf sebab lama jugak blog ni tak di kemaskini..
Al maklumlah bizi skit bulan puasa ni.....

Untuk pengetahuan semua...Pada hari ini 31 ogos 2010 bersamaan hari selasa..Pokde telah menjalani pembedahan iaitu menukar saluran pernafasannya yang sebelom ini telah tersumbat disebabkan oleh kahak yang mengeras....

Dan apa yang membuatkan kami begitu sedih adalah...menurut kata doktor,paru parunya masih tidak menunjukkan tanda akan pulih...

Setelah 4 hari kami agak gembira kerana Pokde menunjukkan tanda yang amat positif seperti mampu makan yogurt dan doktor menyarankan kami memberi pokde makan makanan yang lembut seperti yogurt dan aiskrim...malah pokde seperti amat gembira dan tak sabar ketika mokde mahu menyuapkan yogurt juga ais krim perisa milo ke mulut pokde...

Namun hari ini apabila tiba masa kami untuk melawat pokde...semuanya bertukar dari senyuman ke muram....apabila mata kami tertumpu kearah bilik pokde..apa yang kami lihat..pokde telah separa sedar dan badannya menggigil bukan kerana kesejukan...tapi kesakitan...

Luka di saluran pernafasan berdarah kembali...apabila nurse cuba untuk memasukkan tiub untuk menyedut darah dan luka,dapat kami membayangkan kesakitan pokde...masuk je tiub...dengan mata yang terjegil...dgn kepala yang terdongak..dapat kami membayangkan kesakitannya....memang sakit.....bila ditarik keluar sahaja tiub itu....hanya larutan merah sahaja yang keluar...DARAH....

Ya Allah...Ku bermohon kepada Mu Ya Allah....Kurangkanlah penderitaan ayahnda hamba...Ku mengalirkan air mata dikala posting ini di tulis...Sihatkanlah Ayahnda kami...sesungguhnya engkaulah maha pengampun lagi maha penyembuh penyakit....amin.

2 ulasan:

nur saeidah berkata...

=(
semoga allah mmberi kekuatan kpada bapak...

Jafar berkata...

kami dari kg mydin sama2 berdoa agar pak atan sihat. Sepuluh mlm terakhir ramadhan ini, jutaan rahmat di turunkan oleh Allah utk insan yg beriman kpdNya. YA ALLAH TURUNKANLAH RAHMAT MU INI KPD PAK ATAN AGAR BELIAU SEMBUH DAN BERBAKTI KEPADA MU JUA. BERILAH BELIAU PELUANG SEKALI LAGI SUJUD KEPADA MU YA ALLAH.

ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)