Gambar--->Tokde Jantan Dan Tokde Ecah
Lebih kurang pukul 9.30 malam pada 28 oktober 2010...telefon berbunyi....bila dilihat,owhh abg Yus rupanya.....
Yes Chai..Achai adalah panggilan untuk abg Yus bagi rakan semasa di sekolah...."ada apa"...
Ku pikirkan abg Yus nak kirim rokok,telah menjadi kebiasaan abg Yus mengirim rokok ketika aku nak tutup station.....
Aza,Tokde Jantan meninggal.....Pak Hamdan baru je bgtau....Innalillahiwainnailaihirojiun...
Tokde Jantan atau nama sebenarnya Mustafa bin Hassan adalah adik kepada Atok Mak @ atok uda atau nama sebenarnya Ramlah Bte Hassan...
Gambar----->Inilah atok mak kakak kepada tokde Jantan...
Selepas selesai urusan kerja..saya dan abg yust dengan pantas terus memecut kereta pergi ke Gombak taman koperasi Polis fasa 1.....setibanya di sana saya lihat,uncle Fuad dan uncle Hamdan tgh sibuk menalifon sanak saudara..dalam kesibukan itu juga kami adik beradik bersalaman....
Gambar----->Kali terakhir saya bertemu Tokde jantan adalah ketika beliau datang ke Muar melawat papa di Hospital.
Jenazah masih belom tiba dari Hospital,jadi kami mengambil keputusan untuk tunggu sehingga jenazah tiba...dalam pada yang sama kami juga menunggu ketibaan Pakjak dan atok mak...selepas lebih sejam menunggu,Ambulan pun sampai ...diikuti kereta Uncle Midy...saya dan juga Abg yus turut serta dalam mengusung jenazah ke dalam rumah...
apabila jenazah telah dibaringkan di tilam yang telah sedia ada di ruang tamu rumah,saya tanpa berlengah mengambil wuduk dan terus menyedekahkan surah yasin kepada beliau..kemudian terus diikuti oleh cucu beliau...
setelah selesai,saya pun bangkit dan terus ke depan rumah,kelihatan Hazman anak abg yust tgh sibuk bermain bola...jenazah sedang di minyakkan dgn minyak zaitun....
oleh kerana abg yust kerja di pagi harinya maka kami mengambil keputusan untuk pulang dan saya berjanji dgn uncle2 sekelian bahawa saya akan datang ketika mengebumikan jenazah esoknya..insyaallah.
Gambar hiasan..
Ketika saya sampai semula di gombak,jenazah sedang disembahyangkan di surau berdekatan,ada lebih kurang 100 org menyembahyangkannya....kemudian jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam di gombak...
setelah selesai,saya pun pulang bersama dgn anak saya boy dan hezry....
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama yang beriman...amin.
Yakinlah janji Allah, benar dan pasti!
Akhirat itu benar…, Syurga itu benar… dan Neraka itu benar!
Mati itu pasti akan datang menjemput kita mengadap Yang Maha Adil lagi Maha Perkasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan