Khamis, 29 September 2011

Kenangan keluarga mattuyu....'hang'...tergantung...

Assalamualaikom Warahmatullahi Wabarakatuh....
Lama rasanya tak berblog dgn bersungguh sungguh,di susuli pulak dgn line internet yang tak berapa nak cantek.
Tapi bagus jugak sebab tak la pening kepala nak perah apa nak tulis...Idea hari ni datang ketika mengemas bilik belakang yang mcm stor tu...usha punya usha,terjumpa album album lama yang berjaya menggamit kembali nostalgia keakraban keluarga mattuyu ....

Cuba perhatikan Gambar kat atas tu....Ntah bila lagi Family mattuyu ni nak mcm tu lagi...Yang Otai otai mcm atok mak dah jadi tahap moyang....yang pakcik pakcik dah ramai jadi pangkat atok....mcm paknjang bakal jadi atok bulan januari ni kalau tak silap...baru baru ni poksu baru je dapat cucu ke-2...

Cuba perhatikan Gambar atas ni....memang dari dulu lagi family kita ni amat minat dgn music...Nampak arwah atok abah dalam gambar ni....sape tak nampak jentik telinga dia....Tok abah memang meminati muzik ghazal...tengok je lah kat mana beliau 'PORT' masa 'band' Saujana Muar ni nak main...perghhh......

Ok sekarang Tuan Blog nak tanya....Barang barang jamming kat umah arwah Pokde ni sebenarnya ada tak sesiapa nak main lagi...kalau dah takde rasanya elok let go je kot...

Masih ingat kah lagi dgn pondok ini....Kita boleh dikatakan semua yang lelaki bertungkus lumus membinanya bersama...dari hujung ke hujung dan kehujung kebun kita bekerjasama....poksu selaku org kuat adalah yang paling sibuk...setiap minggu kita balik muar untuk bersama....

Inilah pondok AKA banglo dalam kebun yang kita usahakan bersama...kalau nak tau..pondok ini masih lagi beroperasi dgn baik...kalau tak percaya..pergilah ke lokasi...sungai raya jorak....

Gambar sekadar hiasan....Paknjang the Legend....hahahaha....
Masih segarkah lagi ingatan kita kepada kekuatan ikatan kekeluargaan apabila perbincangan untuk menubuhkan Persatuan/Comittee atau koperasi keluarga..??...
Mula mula perbincangan amat serius...sehingga keluarga Aminah @ Tokchu pun turut serta...Tengoklah sendiri gambar di atas...dari yang paling tua...sampai yang paling muda turut serta....Namun penubuhan ini masih tidak berjaya sehingga percubaan ke-2 juga masih lagi 'hang'....Pak ajak...kak idah..apa cite..???

Lepas tu ketawa....patut ar tak jadi...hahahahaha...
Saya selaku penulis Blog bagi pihak arwah papa @ Mohd Satar @ Pak Uda,dgn ini berharap agar perbincangan untuk meneruskan penubuhan ini dilaksanakan,kerana apa yang dapat kita semua lihat,menubuhkan pertubuhan ini banyak manfaatnya....antaranya...tabung yang akan ditubuhkan dapat memberi dana untuk anak cucu kita yang akan meneruskan generasi ini untuk berdaya saing dan mencapai tahap yang optimum dalam pelajaran...begitu juga bagi yang memerlukan dana untuk rawatan...bolehkah kita hanya melihat anak cucu kita ketinggalan....hanyut....hancur...hanya kerana kita tidak mahu membantu...begitu juga yang sakit...bolehkah kita hanya melihat anak cucu kita terlantar sakit sedang penyakit atau kesakitan itu sendiri boleh kita ubati jika dananya mencukupi...hulurkan tangan,ringankan beban...:)

Ok...itu je sebenarnya nak celoteh...gambar atas ni masih lagi segar dalam ingatan...masa ni arwah tok abah tanya..."mana KFC atok"....perghhh....ok la..diharapkan semua akan bersemangat semula untuk menubuhkan apa yang masih lagi 'hang'....semoga apa yang poksu kata tak akan termakbul....nak tau apa poksu kata...."kalau aku mati,keluarga mattuyu ni pun mesti pecah..kau kau...aku aku..."...perghhh....tapi dalam nada spontan arrr....jgn jadikan isu plak..pangggg karangg....

Dgn ini saya sudahi...wabillahataufik walhidayah...jgn hisap pit....jgn hisap dadah..(ehh ini pantun saiful apek)......wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikom warahmatullahi wabarakatuh....

Rabu, 28 September 2011

Muhammad Ibrahim Bin Hairul Anuar...

Kepada semua Warga Mat2uFatimahAminah Associates, adalah dmaklumkan puan hajar telah selamat melahirkan cahaya mata yg ke2 seorang bayi lelaki pada 21/09/2011 jam 11.30pm...Tahniah untuk Abg Nyai dan Hajar...


Lepas ni berempat la plak....alhamdulillah..
“Ya Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab (al-Quran)". “Aku berlindung kepada Allah untukmu dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala setan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.”

Amin.....

Ahad, 11 September 2011

Cadangan Rumah Terbuka Keluarga MFA 2012

Tajuk : Cadangan Rumah Terbuka Keluarga MFA 2012
Tarikh : Syawal 2012
Tempat : Hotel Pelangi,Muar,Johor
Penglibatan : Semua Ahli Keluarga MFA (Mohamed@mattuyu..Fatimah..Aminah)
Gambar Hiasan


            Idea tercetus sewaktu menonton video Rumah Terbuka Hajjah Ramlah Bt Hassan (Tok De) 2009 di rumah En.Abdul Razak ( Pak Jaq) di Bintulu. Kemeriahan,kekecohan,telatah,keakraban kita sekeluarga perlu di teruskan walaupun beberapa ahli keluarga telah tiada. Setelah perbincangan di lakukan di antara keluarga Pak Jaq & Keluarga Mak Long Gayah maka kami membuat keputusan untuk mewar-warkan idea ini kepada seluruh ahli keluarga yang tercinta.
Gambar Hiasan

            Memandangkan tiada penaja bagi majlis kali ini, kami bercadang untuk membuat pengumpulan dana setiap bulan bagi menjayakan majlis yang dicadangkan seperti di atas. Ini bersempena dengan perancangan Pak Jaq sekeluarga yang akan InsyAllah beraya di Kampung Muar bagi Syawal 2012. Pada pandangan kami sekalian, keluarga kita sudah jarang berkumpul bersama kecuali pada majlis-majlis tertentu seperti Hari Raya,Perkahwinan & Kematian. Ini adalah kerana,  kita semua sibuk menjalani kehidupan masing-masing bersama keluarga yang di bina. Kita juga tidak akan tahu bila waktu & ketika nya yang kita akan pergi dijemput Ilahi. Maka, hendaklah kita mencuba untuk meluangkan segala masa yang ada untuk bersama Keluarga & sanak saudara yang tercinta supaya kita tidak akan menyesal sekiranya mereka pergi meninggalkan kita tanpa diduga.
Gambar Hiasan

            Cadangan kutipan dana adalah seperti berikut :
-         Bermula pada hujung bulan Januari 2012.
-         RM 50 minimum setiap keluarga.
-         Bank-in pada : Muhid

Gambar Hiasan


Jika terdapat sebarang cadangan atau bantahan sila kemukakan. Persetujuan dari semua pihak adalah di perlukan bagi melaksanakan cadangan perancangan di atas. Buat semua keluarga tercinta, sila berikan jawapan bagi cadangan pungutan dana yang dicadangkan di atas. Sekiranya ia adalah satu bebanan, pihak kami amat memahami kerana tiada paksaan dikenakan. Jika dana yang dicadangkan tidak mendapat sambutan, kami akan berusaha mencari jalan agar perjumpaan keluarga ini akan tetap diteruskan kerana pihak kami benar-benar ikhlas untuk menjayakan majlis perjumpaan keluarga ini dan benar-benar berharap agar semua ahli keluarga dapat menjayakan majlis yang dirancang.
Sekian, Terima Kasih.

Gambar Hiasan
 

Anggaran kiraan :
Minimum Rm 50 x 11 keluarga = Rm 550 sebulan
Jan-Jun (6 bulan) = Rm 3300
Jumlah ahli keluarga mat2u : 128 orang


Buat keluarga Aminah Associates, sekiranya bersetuju dengan cadangan pihak kami ini, sila maklumkan kepada Pak Jaq .



Dalam Kenangan..


Rabu, 24 Ogos 2011

Info Info Info............SpeedTrap dimana mana...hehehehe



  PLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting

2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting

3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan

4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara

5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai

6- Km 296 berdekatan exit Gopeng

7- Km 352.6 selepas exit Sungkai

8- Km 373 berdekatan exit Slim River

9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar

10- Km 308.6 selepas exit Gopeng

11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora

12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun

13- 2 km after tol Juru (90km/j)

14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan

2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)

3- Km 253 selepas exit Senawang

4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah

5- Betul2 di exit Jasin

6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak

7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara

8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam

9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh

2- Betul2 di exit Bukit Lanjan

3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh

4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang

5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)

2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)

3- Betul2 di exit Damansara

4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi

5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP

2- Berhadapan Endah Parade

3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3

2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro

3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ

4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint

2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan

3- Berhadapan dengan Istana Negara

4- Berhadapan dengan Muzium Negara

5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)

6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)

7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)

8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)

9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)

10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)

11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)

12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)

13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai

14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)

15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)

16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)

17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)

18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas

19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang

20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju

21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras


Thanks N Credit to Mummy Qaseh 

Ahad, 14 Ogos 2011

Puasa


“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”


Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)




Sabtu, 30 Julai 2011

Jalan2...rupanya pegi makan tgh hari kat KL....hahahahaha

Assalamualaikom.....Hari ni pi jalan jalan kat town KL....gila jem....banyak jalan tutup
Ntah pehal tutup jalan pun tak tau.....ingatkan jalan sebelom pose ni kuranglah org...sekali ramai daaa..
Jom layan gambar....Ingat nak shopping kat SOGO
Sekali hampeh daaaa....
 Agaknya dah terlampau lama tak jalan KL kot...sampai tak sedar yg sebenarnya nak masuk SOGO kena pakai kad.....sekali ramai da manusia...ishhh ishhh ishhhh....
Oleh kerana terlalu ramai...maka kami pun mengambil keputusan untuk makan tengahari je kat depan SOGO tu...ishhhh ishhhh ishhhh........sekian terima kasih....

Isnin, 4 Julai 2011

Cecite....

 Assalamualaikom....jumpa lagi dalam posting terbaru....1/3/2011 haritu...kami anak beranak balik muo...balik sesaje je...lagi pun aishah nak amik barang2 keperluan untuk pergi ke Kelantan...so..jom layan gambar....gambar diatas menunjukkan benjol....moral of the story...mata jgn letak kat lutut...hehehe
 Nampak ke benjol tu...mcm tak nampak je......rasa mcm nak saman je MPM....tapi malas ar plak...yang sebenarnya ,kes ni kalau nak dijadikan isu..boleh je....tapi...ishh...malas la plak...hahahaha...terlanggar tiang untuk masukkan banner...lupa plak nak snap pic...
 Naiim dgn Ammar,lepak lepak kat tanjung emas...
 Jom naik kete api...
 Tiket belom beli beb....kalau ada gerabak skali kan best...
 Jom main parit....lokasi kat Kg Parit Punggur...
 best best...layankan...
 Malam lepak makan....lokasi...Wak Jos ikan bakar,Sabak Awor.....
 Ini dia mangsa....boleh tahan la harga dia...hehehe
 Dan ini pemangsanya...hehehehe
 Sabar menanti makanan...Ammar tertidor...penat long distance agaknye...
 Yeayyy...dah sampai....Kupang rebus masak sambal 1kg,Pari bakar Sekor,Sotong Goreng Crispy 1kg,Sayur chapchai 2 org makan.....nyam nyam....
 Brrrppppppp....Alhamdulillah.....ngeh ngeh ngeh...
 Pastu esoknya layan lepak umah atok.....pokok durian depan umah sangat best...besar besar...tapi kami langkah kiri...belom time kami nak merasa...
 Besar besar...geram seh...
 Bontot beb....Kucing pengsan punyalahhh....hahahahaha
 Amacam.??...geram tak..??.....Pakjak kene gak balik kg tahun ni...kena gakkkkkkkkkkk.....wakakakakaka
 Depan Umah Pakcik Matar...tapi durian ni semua orang boleh makan....
 Kenapa Pakjak kena balik..???.....ni lah jawapannya....atok sedih kalau pakjak tak balik...Aza tak kira...pakjak kena balik jugakkkkkkk.....kalau tak balik nanti jadi anak tanggang....wakakakakakakak
 Ok...pas je habiskan masa kat muo...kitaorg pun balik KL...masa tgh on the way tu...mama col...ko katne ni..???...on the way nak balik...kenapa.??...ko singgah bukit pasir jap..beli Musang King...aduihhh..musang king lagi...hahahahaha.....tanpa banyak membantah......OK OK mama.....Dua guni sudahnya dalam bonet kete...habis sampai hari ni melekat bau...hahaha...musang king betullah...
 Musang King....Harga..???.....taknak bgtau lah.....nanti org kata riak.....Lepas makan durian dah takde aktiviti....lepak lepak pastu go to sleep....tapi.....haiyaaaa...cannot sleep woooooo...musang kingkong betullah...esok sebelom subuh nak g airport...hantar Aishah plak...hmmmmmm...
 Pukol 5 pagi jam bunyik.....bergegas bangun terus bersiap nak pegi airport....pastu gerak...Aza..Aishah..Mama...dgn Abg Yus...zasss...ke airport..Sampai je kat airport...terus carik surau....kita solat duluuuuuuuu....yearghhhhh
 Pukol 7.30am bertolak....pukol 8.35 sampai...hehehe...badan tak penat....tetibe je dah kat kelantan...hahahaha
 Ni la dia Airport Kelantan....masa kat KL lagi dah tempah kete sewa...sampai je kat Kelantan...kete dah tunggu...memula sewa viva je....tapi sebab viva tu belom sampai...brader tu bagi kitaorg pakai Alphard...oppssssss.....Gen-2....hahahaha...ikot rate viva...ok la tuh...rezeki...pastu terus gerak gi Politeknik Kota Bharu...
 Sesampainya kami kat Politeknik....mak datok...ramainya umat...gila ramai...hahaha...dgn jem...dgn berebut parking...perghhhhhh....tapi Alhamdulillah sebab tiada perkara tidak diingini berlaku...
 Ni la dewan untuk pendaftaran....sangat sibuk....Hanya pelajar sahaja dibenarkan memasukinya...Parents dan ahli keluarga not allowed....ehhhhh....tapi tetap ada yang masuk...manusia la katakan...hahahahaha
 Lepas pendaftaran...terus amik gambo pakai jaket....lepas tu beratur panjang nak pegi koperasi..amik barang2....perghhhhh...lama menunggu....berkorban apa saja....ko sorang je adik kandung aku...adik angkat ramai...wawawawaw......
 ini adalah 0.5% daripada ukuran panjangnya nak eratur amik barang...errrr...aku heran gak mamat 2 org ni...apsal dia posing....hehehe
 Lepas dari koperasi...pelajar dikehendaki untuk menaiki bas....pusing2 satu kolej untuk pergi asrama....aku jugak jadi mangsa...tunggu ....grrrrrr....siksanyaaaaaaaaaaa
 Satu bilik 2 org....ni la dia rakan sebilik Aishah...Midah namanya...all way long from terengganu...masa ni dah banyak airmata yang mengalir....nasib baik hero tak mengalir...cuma bertakung je...hehehehe
 Lepas selesai urusan Aishah...tiba masa untuk kami anak beranak pulang...gudbye adik...hehe..jgn banyak nangis....banyakkan solat lagi bagus....kami pun singgah di Pasar Siti Khatijah di bandar Kota Bharu...kami solat di masjid Baroah..kemudian lepak lepak kat pasar tu...pastu kebosanan melanda...terus gerak gi airport..
 Gudbye Kelantan...next time dtg lagi...
 Byeeeeee.....
 Nak naik kapal terbang pun nak posing....nasib baik mak aku...hahahaha
 Ya Allah....dah naik kapal terbang pun nak posing...nasib baik mak aku jugak....wakakakakakakaakkkka....sekian la saja...
nak baca lirik politeknik kota bharu...jom layannnnn...

Sungguh Indah Namamu
Poli Kota Bharu
Terus Maju Terus Maju
Kita Semua Bersatu

Sungguh Luhurnya Jasamu
Poli Kota Bharu
Terus Maju Terus Maju
Kita Semua Bersatu....

ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)