Rabu, 23 Februari 2011

Keakraban Keluarga....

Terbaca plak Metro hari ni tentang keakraban keluarga....Dah lama kluarga mattuyu tak mcm diaorg ni kan??...



KELUARGA kecil akhirnya bertambah dan membesar. Daripada sepasang suami isteri, beranak-pinak menjadi cucu dan kemudian masing-masing pula membina keluarga sendiri. Ranting keluarga bertambah lagi.
Bersama keluarga sendiri, ada pula yang merantau ke serata pelusuk negeri demi mencari rezeki dan menimba ilmu. Kesibukan membuatkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang dan kurang mesra sedangkan Islam amat mementingkan silaturahim dijaga dan ditaut erat.

Cukupkah sekadar berjumpa setahun sekali tatkala Aidilfitri? Inisiatif harus diambil agar pertemuan tidak sekadar setahun sekali kerana ia sangat singkat dan terhad. Justeru, kini ramai yang mengambil langkah bijak mengadakan hari keluarga.
Maka, jadilah rancangan keluarga Zainab Hanapi mengadakan hari keluarga di inap desa Kampung Kuala Sungai Baru, Melaka. Gembira dan teruja dapat berkumpul di tempat yang lain daripada kampung halaman sendiri nyata menyuntik kelainan.
Syukur dapat berkumpul di hari yang dirancang bersama-sama atas semangat persaudaraan menebal di hati. Inap desa ini diketahui kewujudannya juga melalui artikel yang disiarkan Harian Metro sedikit masa dahulu.

"Apa yang ditulis di dalam Harian Metro menambat hati kami untuk melihatnya sendiri dan ternyata kunjungan kami sekeluarga tidak mengecewakan langsung," kata menantu Zainab, Shima Nokman Kushairi.
Dia bersama suaminya sudah memesan ayam dan ikan awal-awal lagi untuk hidangan barbeku keluarga mereka di situ.

"Ini adalah hari keluarga yang ketiga kami berjaya kumpulkan semua ahli. Pernah juga kami bercuti bersama kumpulan yang kecil tetapi kali ini, semua dapat turut serta. Untuk itu, kami menyediakan bajet khas bersama-sama," katanya.
Menurut Shima, selalunya tempat tinggal penginapan mereka mesti ditaja mana-mana ahli keluarga yang lebih berkemampuan.

"Alhamdulillah, didoakan mereka lebih murah rezeki hendaknya. Kali ini keahlian seramai 29 orang daripada pelbagai peringkat umur iaitu tujuh tahun hingga melebihi 70 tahun. Ada ahli keluarga menetap di Kuala Lumpur, Perak dan Perlis, semuanya menuju ke Melaka," katanya.

Baginya, hari keluarga memang dapat merapatkan silaturahim sesama ahli keluarga yang masing-masing mempunyai keluarga sendiri dan tinggal berjauhan. Kesibukan kerja dan belajar selalu membataskan pertemuan. "Adanya hari keluarga sebegini, dapatlah mengenali anak-anak saudara yang kian membesar. Sesama sepupu pun dapat saling berhubung kerana bukan selalu dapat berjumpa," katanya.

Aturan kewangan yang bagus lebih memudahkan perjalanan majlis. "Sebelum bermula, memang bajet penting diuar-uarkan terlebih dahulu agar tidak menjadi bebanan sesiapa dan semuanya ikhlas menyumbang. Selalunya, kos perbelanjaan akan dibentangkan wakil ahli keluarga selepas membuat perancangan dan keperluan untuk kegunaan di hari keluarga itu. Apabila semua ahli keluarga bersetuju, barulah rancangan dilaksanakan," katanya.

Nampaknya, hari keluarga Shima lengkap semuanya, bukan sekadar program teratur, ada juga baju-T khas dibuat untuk dipakai semua yang hadir pada hari bermakna itu.

"Rata-rata semuanya berpuas hati dengan apa yang sudah terlaksana dan semuanya gembira. Apatah lagi dengan kerjasama tuan rumah inap desa yang kami sewa ini menjadikan semua rancangan berjalan dengan lancar," katanya.

Paling menyeronokkan hari keluarga kali ini, Shima dan keluarganya mendapat pengalaman baru seperti mencari remis dan memasak remis yang dianjurkan tuan rumah inap desa mereka. "Setelah dimasak isteri tuan rumah inap desa, Roslina Zakaria, kami makan bersama-sama. Dapat juga mandi di telaga di hadapan rumah itu. "Ada yang tidak melepaskan peluang memanjat pokok kelapa yang berjuntai dari pantai yang sangat indah. Kami juga merasa membawa sampan.

"Tidak lupa, ada aktiviti bersifat permainan untuk disertai semua yang hadir. "Kami anjurkan acara pantai untuk keluarga supaya semua keluarga dapat bergembira bersama. Tidak kira tua atau muda, semua bersatu hati untuk menjayakan sukan bersama kumpulan masing-masing. "Acara tiup belon, makan biskut, bawa bola pingpong dengan sudu sambil berjalan itik serta bowling dengan buah kelapa, semuanya terasa sangat seronok bagi kami waktu itu. Pendek kata, hari keluarga Zainab Hanapi kali ini sangat bermakna di Kuala Sungai Baru ini," katanya.

Inap desa yang ditempah keluarga Shima juga sangat istimewa kerana ia rumah kampung yang serba luas untuk sebarang acara. Seluruh ahli keluarga sempat meluangkan masa bertahlil dan membaca Yasin bersama. "Halaman yang luas memudahkan aktiviti keluarga diadakan. Tidak cukup di bawah rumah, kami boleh saja ke pantai yang indah dan mengujakan. Inap desa ini memang sangat sesuai untuk aktiviti sekeluarga," katanya.

Tiada ulasan:

ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)