Selasa, 9 November 2010
Khamis, 4 November 2010
Happy Diwali
Rabu, 3 November 2010
Happy Bday Mama...
Selasa, 2 November 2010
Esok Naik Lagi......Yahoooooooooo....hahahahahaha
Lagi Lagi Peraduan....
Hurry! Contest begins 1 November and ends 15 February 2011.
*RM3 million worth of grand prizes and weekly prizes.
Terms & Conditions apply.
Jumaat, 29 Oktober 2010
Kembali ke Rahmatullah...(Tokde Jantan)
Mati itu pasti akan datang menjemput kita mengadap Yang Maha Adil lagi Maha Perkasa
Selasa, 26 Oktober 2010
Tali Gantung....
Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.
'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.
' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.
Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jamdibiar tergantung.
'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.
'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,' kata Samuel.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah...
-AZARUDIN BOCHEH-
Isnin, 25 Oktober 2010
Keistimewaan Surah Al-Fatihah
" Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Segala puji bagi Allah. Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."
Surah al-Fatihah adalah surah Makkiyyah mengandungi tujuh ayat. Surah yang wajib dibaca berulang-ulang setiap rakaat semasa solat. Tidak sah solat tanpa membaca surah ini. Surah al-Fatihah juga dipanggil sebagai Umm al-Qur'an (ibu al-Qur'an) atau Umm al-Kitab (ibu al-Kitab)
Kita mengerjakan solat 5 waktu sehari, dan ini bermakna kita membaca Al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Jadi, persoalannya, kenapa diwajibkan? Mungkin bagi sesetengah orang, kata-kata diwajibkan berbunyi seolah-olah suatu beban yang dipaksa ke atas orang Islam. Namun, bagi orang yang beriman, seharusnya, kata-kata diwajibkan tidak dirasakan suatu beban tetapi suatu penghargaan dan kerelaan.
Di sinilah peranan mengenali diri amatlah penting. Kerana setelah mengenali diri sendiri, seseorang manusia itu boleh merasakan bahawa surah Al-Fatihah itu suatu keperluan yang bersesuaian dengan kehendak manusia. Manusia yang tidak akan berubah hakikatnya sebagai hamba Allah yang lemah dan sering membuat kesilapan tatkala hatinya berbolak-balik tiap saat tiap detik tatkala dilanda ujian. Dan Allah Maha Mengetahui hakikat ini. Bukankah Dia itu Maha Pencipta segala sesuatu?
Surah al-Fatihah adalah ibu al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara menyeluruh, terdiri daripada usul ad-din dan cabang-cabangnya seperti aqidah, ibadah, tasyri’, iqtikad dengan hari akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesahkannya dalam beribadah, meminta pertolongan dan do'a kepada Allah s.w.t.
Selain itu memohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solehin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. Oleh itu Surah al-Fatihah juga dinamakan Um al-Kitab kerana menghimpun segala maksud-maksud asas.
As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya "Mukadimah fi at-Tafsir " berkata : "Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya."
As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya "Fi Zilal al-Quran" antara lain berkata : "Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati aqidah Islamiyah, tasawwur Islam, perasaan dan harapan do'a kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.
As-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya "Ma`arij at-Tafakkur" telah membahagikan inti pati Surah al-Fatihah kepada empat :
Pertama : Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika hidup di dunia secara mesti.
Kedua : Tuntutan Allah terhadap hamba-Nya untuk beribadah dan bergantung kepada-Nya tanpa gangguan dengan yang lain.
Ketiga : Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji, hanya Sirat al-Mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya.
Keempat : Dua masa ujian iaitu ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga hari kiamat terhadap tuntutan Allah.
Oleh itu dinamakan surah ini Umm al-Quran kerana rangkuman segala inti pati al-Quran.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita hayati dan amalkan Surah al-Fatihah ini kerana ianya mengandungi tujuh keistimewaan yang tidak terdapat di dalam surah-surah lain di dalam al-Qur'an.
Pertama : Paling Besar (A’zham)
Abu Said al-Ma’alli r.a., katanya : “Aku sedang solat, lalu dipanggil oleh Rasulullah s.a.w., maka tak dapat aku menyahut. Sesudah aku selesai solat, aku datangi baginda, Rasulullah berkata : Kenapa engkau tidak segera mendatangiku ? Aku menjawab : Kerana aku dalam bersolat ya Rasulullah.Berkata Rasulullah : Bukankah Allah sudah berfirman : 'Hai orang-orang beriman, sahutilah seruan Allah dan Rasul bila menyeru kamu kepada apa yang menghidupkan kamu'. Kemudian baginda berkata : 'Aku akan mengajarkan kepadamu sebesar-besar surah di dalam al-Qur’an sebelum engkau keluar dari masjid ini'. Ketika Rasulullah akan keluar dari masjid, baginda memegang tanganku, lalu aku berkata : 'Ya Rasulullah, Engkau mengatakan mau mengajarkan kepadaku sebesar-besar surah di dalam al-Qur’an.'Berkata Rasulullah : 'Ya, ialah al-Hamdulillahi Rabbil “Aalamin (dan seterusnya), ialah 7 ayat yang berulang-ulang, dan itulah al-Qur’an al-‘Azhim yang telah disampaikan kepadaku” (Hadis Riwayat Bukhari, Abu Dawud, an-Nasa’i)
Kedua : Membaca Surah al-Fatihah sama seperti membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Qur’an.
Diriwayatkan dari Sayyidina Ali bin Abu Talib k.w. bahawa Rasulullah s.a.w. berkata maksudnya : “Siapa yang membaca Fatihatul-Kitab (al-Fatihah), maka seakan-akan dia telah membaca Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan (al-Qur’an)”.
Ketiga : Hanya Kepada Nabi Muhammad s.a.w. diiturunkan.
Ibnu Abbas r.a. katanya : “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. duduk bersama Jibril, tiba-tiba Rasulullah mendengar suatu bunyi dari atas, lalu Jibril menoleh ke atas, kemudian lalu berkata : “Itu sebuah pintu sudah terbuka di langit, dan tak pernah pintu itu terbuka sebelum ini”, dari pintu itu turun satu Malaikat, yang langsung menuju kepada Rasulullah, dan berkata : “Bergembiralah engkau (Muhammad) mendapat dua cahaya yang aku bawakan ini, yang tak pernah kedua cahaya ini diberikan kepada Nabi yang manapun sebelum engkau, kedua cahaya itu ialah Fatihatul-Kitab dan beberapa ayat di akhir Surah al-Baqarah, setiap huruf engkau baca dari keduanya pasti engkau mendapatkannya”.(Hadis Riwayat Muslim dan Nasa'i)
Keempat : Langsung mendapat jawapan daripada Allah s.w.t.
Siapa yang membaca Surah al-Fatihah, setiap ayat yang dibaca itu langsung dijawab oleh Allah. Dari Abu Hurairah r.a. katanya : “Kami berada di belakang Imam (bersolat), maka berkatalah Imam itu kepadaku : “Bacalah al-Fatihah dalam hatimu, karena aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. mengatakan : Telah berkata Allah Azza-wa Jalla : Aku bagi solat (di sini maksudnya ialah al-Fatihah) antaraKu dan hambaKu menjadi dua bahagian (maksudnya : seperdua untukKu dan seperdua lagi untuk hambaKu), dan bagi hambaKu apa yang mereka minta. Apabila hambaKu itu berkata : “Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin”, Allah menjawab : ”HambaKu memujiKu” ; dan apabila hambaKu berkata : “Arrahmaanir Rahiim” , Allah menjawab : “HambaKu menyanjungKu” ; dan apabila hambaKu berkata : “Maaliki Yaumiddin”, Allah menjawab : “HambaKu memuliakanKu”, dan apabila hambaKu berkata “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin”, Allah menjawab : “Ini seperdua untukKu dan seperdua untuk hambaKu, bagi hambaKu, apa yang ia minta; dan apabila hambaKu berkata “Ihdinashshiraathalmustaqiim, shiraathal ladzina an’amta ‘alaihim, ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh-dhaalliin”, Allah menjawab : Ini semuanya untuk hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang ia minta”.(Hadis Riwayat Muslim)
Kelima : Aman Dari Segala Bahaya.
Diriwayatkan oleh al-Buzar dari Anas r.a. : Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : “Bila engkau baca al-Fatihah dan Qul Huwallahu Ahad maka amanlah engkau dari segala sesuatu, kecuali dari maut”.
Keenam : Langsung Dari Arasy
Dari Ma’qal bin Yasaar r.a. : Telah berkata Rasulullah s.a.w maksudnya : “Amalkanlah segala apa yang tersebut di dalam al-Qur’an, halalkanlah apa yang dihalalkannya, haramkanlah apa yang diharamkannya, dan patuhilah ia, jangan sekali-kali engkau engkar apa-apa yang tersebut di dalamnya, dan apa-apa yang kamu ragukan (maksudnya), kembalikanlah kepada Allah dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan sesudah meninggal aku nanti, supaya diterangkannya kepada kamu, dan berimanlah kamu dengan Taurat, Injil dan Zabur, dan apa saja yang dibawa oleh para Nabi dari Tuhan mereka, dan akan memberi kelapangan kepadamu al-Qur’an dan segala keterangan yang tersebut di dalamnya, maka sesungguhnya al-Qur’an itu Pemberi Syafaat, sesuatu yang tak pandai bercakap tetapi membawa kebenaran, dan kepadaku diberikan Allah Surah al-Baqarah dari ZIKIR PERTAMA (Kitab-Kitab Suci yang diturunkan sebelum Musa a.s.) dan diberikan kepadaku surah yang berawalan Thaha, Thasin dan Hamim dari Papan-papan Musa (maksudnya : TAURAT), dan diberikan kepadaku Surah al-Fatihah langsung dari Arasy”.(Hadis Riwayat al-Hakim)
Ketujuh : Sebagai Ubat dan jampi.
Dari Abu Said al-Khudri r.a. “Pada suatu hari kami bersama-sama dalam perjalanan, bermalam di satu dusun. Datang kepada kami seorang budak perempuan dan berkata : “Sesungguhnya kepala desa ini sakit dan tak seorangpun di antara kami yang dapat mengubatinya, adakah diantara tuan-tuan yang dapat mengubatinya ?” Salah seorang dari rombongan kami berdiri dan mengikuti budak tadi. Kami tidak mengira yang ia dapat menjadi dukun. Si sakit itu lalu dijampinya dan sembuh. Kepadanya diberi hadiah 30 ekor kambing, dan kepada kami disuguhkan susu. Ketika ia kembali kami bertanya : “Apakah engkau membolehkan jampi, dan apakah engkau tukang jampi ?” Ia menjawab : “Tidak, saya bukan tukang jampi, tetapi aku hanya membacakan Ummul-Kitab (al-Fatihah).” Kami katakana : “Kejadian ini jangan dikabarkan kepada siapapun, sebelum kita tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. lebih dahulu”. Sesudah kami sampai di kota Madinah, kami datangi Rasulullah s.a.w. dan kami ceritakanlah kejadian itu. Rasulullah lalu berkata : “Siapa tahu bahwa surah itu (al-Fatihah) adalah jampi (ubat) bagilah hadiah itu dan berikan saya sebahagian darinya”.(Hadis Riwayat Bukhari)
Sahabat yang dikasihi,
Surah Al-Fatihah sebenarnya macam suatu do'a dan munajat kita sebagai hamba-Nya. Adalah penting untuk kita sentiasa mengharapkan pertolonganNya. Konsep kepercayaan kepada Tuhan yang Esa dan konsep bergantung kepada Allah s.w.t. sahaja.
Didalam surah ini juga terangkum Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah. Di dalam Tauhid Rububiyah mengandungi sifat-sifat kesempurnaan Allah s.w.t., nama-nama Allah yang mulia dan dan kekuasaan Allah s.w.t mentadbir Allah semesta dan berkuasa di hari akhirat.
Di dalam Tauhid Uluhiyah pula adalah pengabdian diri sepenuhnya manusia kepada Allah s.w.t., termasuk juga penyembahan, pergantungan dan pengharapan manusia kepada-Nya.
Jalan yang lurus dalam surah ini bermaksud jalan hidup Islam yang sempurna dan lengkap. Jalan yang membolehkan manusia merasai nikmat iman, jalan ketaataan, jalan beramal dan beribadah hanya kerana Allah, jalan melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan, sebagaimana yang dikehendaki dan diredhai oleh Allah s.w.t.. Jalan-jalan lain yang bengkuk adalah jalan syaitan yang akan menyesatkan manusia.
Siapakah golongan yang diberi nikmat oleh Allah s.w.t.? Allah s.w.t menjelaskan dalam surah An-Nisa' bahawa mereka yang diberi nikmat adalah para Nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh seperti didalam firman-Nya yang bermaksud :"Dan barangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah karunia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui." (Surah An-Nisa': 69 -- 70).
Di akhir surah ini minta dijauhi daripada orang yang dimurkai Allah s.w.t dan orang yang sesat. Siapkah orang yang sesat dan orang yang dimurkai Allah? Menurut Hadis Nabi s.a.w.: "Orang-orang yang dimurkai" itu ialah kaum Yahudi, dan “Orang-orang yang sesat” ialah kaum Nasrani.” (Tafsir Al-Alusi, 1:90).
Ada juga Ahli Tafsir yang memberikan huraian lanjut mengenainya. Menurut Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim - Penyemak Kitab Tafsir ini - bahawa kesimpulannya seperti berikut:
“Orang-orang yang dimurkai Allah” ialah orang-orang yang mengingkari atau menyembunyikan sesuatu perkara agama yang telah diketahuinya betul dan benar, atau orang yang tidak mahu menerima sesuatu hukum agama yang sampai kepadanya dengan keterangan-keterangan yang sah kerana beberapa sebab yang mempengaruhi jiwanya seperti: perasaan takassub atau fanatik kepada sesuatu pendapat, keinginan hendak menjaga nama dan taraf, ingatan hendak memelihara keadaan dan kedudukannya yang turun temurun, atau fikiran hendak menghormati sesuatu keadaan masyarakat.
"Orang-orang yang sesat” pula ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang pengetahuan agamanya tidak betul, kerana dipelajarinya dengan tidak menurut peraturan dan jalan yang sebenarnya. Orang-orang yang tersebut kalau mereka tidak sesat dalam urusan kebahagiaan hidup dunia kerana sihat pancaindera dan tepat pendapat akal mereka pada zahirnya, maka tak dapat tidak mereka sesat dalam urusan kebahagiaan hidup di akhirat. kerana pengetahuan agama Allah sahaja yang sanggup menunjuk dan membimbing pengikutnya kepada kebahagiaan akhirat.
Khamis, 21 Oktober 2010
Selasa, 12 Oktober 2010
Rumah Abg Nyai masuk Ulor.....
12.30 tghari ; nmpak ular dekat atas mesin basuh / Zahirah tgh mandi time tuh<----info dari ecah...
Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.....Dua beranak iaitu Siti Hajar dan zahirah...gerenti terkejut punyalah.....
1.30 ; JPA balik . Kak Hajar kemas rumah , ambin && mop , tapi tak jumpe ular tu .<-----info by ecah
Penat tangkap ulor kot...Credit to tuan rumah sebab bagi minum kat anggota JPA...
Kita minum duluuuuu....kopi 434 gamaknya....
JPA diberikan minuman sedikit , sekitar jap 10 lebey jpa pulang,<----info by ecah
Sabtu, 9 Oktober 2010
Normalkah Otak Kita...
Kalau tak pas nie, ada something wrong ngan otak korang.
Short Neurological Test
1- Find the C below.. Please do not use any cursor help.
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
2- If you already found the C, now find the 6 below.
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
69999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
3 – Now find the N below. It’s a little more difficult.
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
This is NOT a joke. If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist. Your brain is great and you’re far from having a close relationship with Alzheimer.
Congratulations!
part 2
eonvrye that can raed this rsaie your hnad.
To my ‘selected’ strange-minded friends:
If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the person that sent it to you with ‘yes’ in the subject line.
Only great minds can read this
This is weird, but interesting!
If you can raed this, you have a sgtrane mnid too
Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.
I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it....
Selasa, 5 Oktober 2010
Kacip Emas....(Allah jua yang menyembuhkan).
Isnin, 20 September 2010
bangkai tikus dalam belacan ...
Menurut Rosli Talib, 24, dia hanya menyedari belacan yang dibeli dengan harga RM1.50 itu mengandungi benda asing ketika mahu mencampurkan bahan terbabit ke dalam masakan untuk juadah rumah terbuka.
“Saya pelik apabila belacan yang baru dibeli dari sebuah kedai runcit di sini, mengeluarkan bau busuk dan meloyakan.
“Namun semua itu terjawab apabila saya menghancurkan belacan itu yang liat seakan-akan gula-gula getah dan kelihatan objek seperti ekor, tulang dan bulu haiwan dipercayai tikus,” katanya.
Sangkaan Rosli tidak meleset dan ia terbukti apabila cebisan bulu itu ialah tikus yang mungkin diadun sekali ketika belacan terbabit diproses.
Rosli juga melahirkan rasa bimbang apabila belacan itu turut lengkap dengan logo jaminan halal dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Saya risau kerana belacan itu mungkin diadun secara pukal dan bahan terbabit berbahaya sekiranya ia dicampurkan dalam makanan tanpa usul periksa.
“Tikus adalah haiwan perosak yang membawa penyakit. Jadi tidak mustahil bangkai itu boleh menjejaskan kesihatan pengguna,” katanya.
Rosli sudah menghantar sampel belacan itu untuk pemeriksaan di Pejabat Kesihatan Daerah di sini dan jika ia disahkan bangkai haiwan perosak terbabit, satu tindakan akan diambil dalam masa terdekat.
Ia termasuk melakukan pemeriksaan mengejut bagi memeriksa sendiri produk yang dihasilkan di sebuah kilang di Batu Pahat itu....
Rabu, 15 September 2010
Menyakat Ammar...
Isnin, 6 September 2010
Ahad, 5 September 2010
Iklan paling mahal dan paling penuh kontroversi...
Antara iklan yang termahal didunia...mengikut info yang tiada sahih atau dalilnya...iklan ini menelan belanja sehingga 60juta.....Ntah bila malaysia nak buat iklan camni...silap haribulan kena panggil wak Kanta nak pasang balik komponen enjin tu...hahahahaha
Iklan yang ni pulak antara yang penuh dgn kontroversi...nak tau kenapa....klik SINI...
Pelik bin ajaib la skrg ni...Iklan pun Diaorg kaji..tapi bagus jugak..dapat gak kita kongsi ilmu...wallahualam.