Jumaat, 19 Mac 2010

BILAKAH NABI ADAM DIJADIKAN

MULIA tiba dimasjid sebelum azan subuh dilaungkan dan melihat Faez sudah pun berada didalam masjid dan dia sedang membaca sebuah kitab. Lalu, MULIA menyapa Faez:
MULIA: Assalamu’alaikum, Faez! Kitab apa yang dibaca tu?
FAEZ:Wa’alaikumusalam. Kitab ni, Tafsir al-Quran tulisan Ahmad Sonhadji Muhammad, menceritakan fasal nabi-nabi. Mengikut kitab ini ada 124,000 orang nabi dan 313 orang rasul, bermula dengan Nabi Adam dan di akhiri dengan Nabi Muhammad. Saya tak sangka begitu ramainya nabi-nabi ini. Tapi yang tersenarai dalam al-Quran hanya 25 orang sahaja yang wajib kita ketahui. Sekarang ni saya sedang mencari tarikh permulaan kejadian Nabi Adam.
MULIA: Saya pun belum berjumpa kitab yang menyatakan secara terang tarikh-tarikh ini. Ada ulama tafsir memberi gambaran bahawa jarakmasa di antara Nabi Adam ke Nabi Nuh ialah 10 generasi. Nabi Adam dan Nabi Nuh hidup lebih daripada 1,000 tahun.
FAEZ: Kalau begitu, jika kita anggap satu generasi di waktu itu 1,000 tahun seperti hayat Nabi Nuh, maka jarakmasa antara Nabi Adam hingga ke Nabi Nuh ialah kira-kira 10,000 tahun. Ini satu perkiraan rambang sahaja, mungkin tidak tepat.
MULIA: Apa lagi yang kitab itu ceritakan?
FAEZ: Mengikut kitab berkenaan jarakmasa dari Nabi Nuh ke zaman Nabi Ibrahim di fahamkan 2,640 tahun. Era Nabi Ibrahim ke masa bangkitan Nabi Isa di anggarkan 2,120 tahun, dan zaman Nabi Isa ke Nabi Muhammad lebih kurang 630 tahun.
MULIA: Ini bermakna jika kita membuat anggapan satu generasi waktu era Nabi Adam berumur 1,000 tahun maka jarakmasa antara Nabi Adam hingga kini ialah 17,000 tahun. Wallahua’lam – Allah sahaja yang mengetahui.
FAEZ: Tapi Faez rasa agak pendek jangkamasa 17,000 tahun ini oleh sebab orang asal Australia di fahamkan wujud 60,000 tahun yang lalu.
MULIA: Yalah, dan tulang terawal yang pernah di jumpai di negara kita ni berumur 12,000 tahun.
FAEZ: Kita kena banyakkan bacaan lagi dan bertanya kepada mereka yang tahu.
MULIA: Setuju sebab ilmu tidak pernah habis. Shsh..! Kita kena diam sekarang sebab azan berkumandang dah tu

Tiada ulasan:

ngaji

Ahmed Deedat

Family Pokde

MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)

AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)

AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)

SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)