MULIA: Assalamu’alaikum, Faez… Akhtar. Ada cerita yang boleh kami kongsi ke?
AKHTAR: Wa’alaikumusalam, Abang Mulia…Teguh! Saya sedang baru aje tanya Abang Faez kenapa Rasulullah semasa Miraj, iaitu naik ke langit, tidak bermula dari Masjidil Haram? Kan ke Masjidil Haram tu lebih baik dari masjid Aqsa?
MULIA: Sebenarnya Allah sahaja yang mengetahui mengapa Rasulullah tak bermiraj dari Mekah. Kemungkinan sekiranya Rasulullah miraj dari Mekah naik ke Sidratul-Muntaha, sekembalinya Baginda dan bercerita kepada orang Quraish, sudah pasti mereka akan menuduh Baginda berbohong. Kerana mereka sendiri tidak pernah tiba di Sidratul-Muntaha.
FAEZ: Tetapi apabila Rasulullah Isra’ dari Mekah ke Baitulmaqdis, pihak Quraish tidak boleh menafikannya kerana Baginda dapat menceritakan secara terperinci mengenai Baitulmaqdis dan perihal kabilah perdagangan Quraish serta bilangan unta yang dalam perjalanan pulang ke Mekah. Baginda memberitahu jangkamasa kabilah akan sampai dan keadaan salah seekor daripada unta-unta berkenaan. Apabila kabilah itu sampai, apa yang di ceritakan oleh Banginda adalah tepat.
MULIA: Israj atau perjalanan Rasulullah bukan dalam satu hari, tetapi satu malam sahaja. Jarak dari Mekah ke Baitulmaqdis dan balik semula lebih daripada 3,000 kilometre. Jarak dari dunia ke Sidratul-Muntaha, Allah sahaja yang tahu.
TEGUH: Berapa speednya dan tentu mengerunkan kerana terlampau laju.
FAEZ: Kalau kita memandu kereta dengan kelajuan melebihi 150 km/jam, sudah tentu kita berasa kecut perut.Tetapi kelajuan Allah berbeza. Sekarang ni kita duduk dengan selesa, tetapi sebenarnya dunia kita berputar pada kecepatan 1,000 batu/jam. Bumi pula mengeliling matahari pada kelajuan 66,000 batu/jam. Dengan 2 gerakan ini, kita masih merasa sangat selesa. Begitu juga perjalanan Isra’ Miraj ini yang sangat pantas, sudah tentu Rasulullah merasa sangat nyaman sehingga dapat pulang memerhatikan kabilah Quraish itu.
MULIA: Berlakunya Isra’ Miraj ini banyak yang kita boleh pelajari. Kesemuanya membuktikan kekuasaan Allah dan hanya Dia sahajalah yang wajib kita patuhi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ngaji
Ahmed Deedat
Family Pokde
MOHAMED SATAR BIN MOHAMED(14.04.1950)
HASNAH BTE ABU BAKAR(03.11.1951)
AZAMUDIN BIN MOHAMED SATAR(05.09.1975)
SUNITA BTE MAD DESA(04.06.1976)
NUR MUNIRAH BTE AZAMUDIN(16.11.1999)
NUR HAMIZAH BTE AZAMUDIN(14.12.2002)
MUHAMMAD NUR HAZMAN BIN AZAMUDIN(06.01.2007)
AZARUDIN BIN MOHAMED SATAR(07.08.1979)
NORFAZILAH BTE RAHMAT(09.12.1977)
MUHAMMAD AMIRUL DINNY BIN AZARUDIN(06.02.2000)
MUHAMMAD AMIRUL HEZRY BIN AZARUDIN(20.12.2002)
MUHAMMAD AMIRUL NAIIM BIN AZARUDIN(14.07.2006)
MUHAMMAD AMMAR ASHRAF BIN AZARUDIN(25.04.2009)
SITI AISHAH BTE MOHAMED SATAR(12.01.1993)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan